berita

Dah Tua Pun Gatal! Wanita Tembak Suami Tambah Siaran Lucah

April 24th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bengang dengan sikap suami yang gemar menonton filem lucah, seorang wanita yang dikenali sebagai Patricia Ann Hill, 69 tahun, bertindak menembak suaminya Frank Hill, 65 tahun, sebanyak dua kali di bangsal rumah mereka di Arkansas, Amerika Syarikat. Wow dahsyatnya!

Menerusi laporan Mirror, wanita itu bertindak sedemikian apabila suaminya masih ketagih menambah saluran lucah ke dalam bil televisyen rumah mereka.

Tak puas hati

Menurut pendakwa raya, wanita tersebut pernah membuang saluran lucah itu daripada siaran televisyen rumah mereka. Namun tanpa disedari, suaminya menambah semula siaran tersebut. Tidak berpuas hati dengan sikap suaminya, wanita itu bertindak menyerang suaminya di bangsal rumah mereka.

Pertengkaran yang berlaku di bangsal tersebut berakhir apabila wanita itu mengambil pistol di dalam rumah, lalu menembak suaminya yang berada di dalam bangsal. Sebanyak dua das tembakan terkena pada kaki dan badan suaminya. Wanita tersebut menelefon pihak polis dan ambulans bagi mendapatkan bantuan.

Tidak mahu bayar

Menurut peguam Patricia, Bill James, hubungan pasangan tersebut sudah lama berjauhan apabila suaminya itu kerap menonton video lucah.

Dia dah suruh suaminya berhenti beberapa kali, dan suaminya berjanji akan berhenti, tapi dia tetap teruskan.

Wanita itu menjadi semakin marah apabila suaminya enggan membayar bil siaran yang ditambah. Hasil pemeriksaan pihak polis, mereka berjaya menemui pistol, bil televisyen dan sarung peluru di tempat kejadian. Kes tersebut masih dibicarakan di mahkamah manakala seorang doktor telah dipanggil oleh pihak mahkamah bagi menilai tahap kesihatan mental wanita itu.

Sumber: Mirror

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×