berita

Dahi Luka Sampai Kena Jahit, Raja Atiq Terlibat Tragedi Mandi Sungai

September 13th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Atiq Azman

Pelakon muda yang sedang menempa nama dalam industri, Atiq Azman menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan dirinya terlibat dalam satu tragedi ketika sedang mandi di sungai.

‘Doakan Atiq cepat sembuh’

Foto: Atiq Azman

Ujar pemegang watak Amirul dalam drama Nur, kemalangan tersebut berlaku ketika dia sedang mandi di sebuah sungai dua hari yang lepas. Menerusi foto yang dikongsi, dapat dilihat luka yang berada di dahinya dan terpaksa dijahit.

Untuk yang tanya Atiq kenapa tak update dan aktif beberapa hari ini,  sebab ada satu tragedi yang jadi masa Atiq mandi sungai 2 hari lepas.

Pemilik nama Raja Muhd Atiqullah Shah, turut memberikan nasihat kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati agar kejadian seumpama ini tidak lagi berulang. Pada masa yang sama, Atiq turut memohon doa daripada orang ramai supaya dia kembali sembuh seperti sedia kala.

Tolong berhati-hati ok guys kat mana-mana pun korang. Tolong hati-hati sebab kita tak tahu benda macam ni boleh jadi, yang penting sebelum buat apa-apa doa dan bismillah dulu.

Jangan buat benda yang lain dari lain sangat, pesanan ni untuk diri Atiq jugak. Doakan Atiq cepat sembuh ya guys.

Cepat sembuh bro!

Sumber: Atiq Azman

SKIP THIS AD ×