
Perkongsian terkini personaliti media sosial, Dahlia Rizal mengenai anak perempuannya, Nur Yusra telah menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Dahlia Rizal Dilabel Over Selepas ‘Upload’ Perkembangan Anak – ‘Saja Kongsi Pun Nak Jadi Joykiller Ke?’
Artikel Berkaitan: ‘Banyaknya, Nak Buka Pun Shaking’ – Rakan Terharu Terima Hadiah Bertimbun Daripada Dahlia Rizal
Dahlia kongsi gambar anak
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Dahlia atau nama lengkapnya Nur Dahlia Ahmad Rizal, 24, memuat naik foto dan video Yusra bersempena menyambut kelahirannya yang kini berusia setahun.
Dalam masa yang sama, Dahlia juga mengimbas kembali memori semasa dia disahkan hamil dan kenangan ketika melahirkan anak sulungnya itu.
Subhanallah, MasyaAllah, TabarakAllah, anak saya Nur Yusra sudah setahun!
Setiap kali mengenang kembali hari saya melahirkanmu dan segala yang saya lalui sepanjang tempoh berpantang, saya rasa sebak.
Saya tidak pernah membayangkan akan menjadi seorang ibu pada usia ini. Saya masih ingat bagaimana saya sukar untuk percaya bahawa saya hamil, kerana rasa belum bersedia dan ragu-ragu sama ada saya mampu atau tidak menjadi seorang ibu.
Namun, selepas melaluinya sendiri, saya sedar ia adalah satu perjalanan yang sangat indah meskipun kadang kala keletihan.
Selain itu, Dahlia turut menitipkan doa untuk Yusra agar dia membesar menjadi seorang anak yang baik dan solehah.
Sejak hari pertama kamu dilahirkan, kamu menjadi seorang bayi yang sangat baik, dan saya bersyukur kepada Allah setiap hari kerana mengurniakan kamu kepada kami.
Saya masih tidak percaya kamu sudah berusia setahun. Sekarang saya faham kenapa ibu-ibu di luar sana mudah menjadi emosional apabila melihat anak mereka membesar.
Apa yang saya harapkan hanyalah doa, agar Yusra membesar menjadi anak yang baik, solehah dan taat kepada Allah SWT. Semoga kamu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, sayangku Yusra.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja apabila pertama kali dapat melihat kecomelan wajah Yusra.
Sehingga kini hantaran yang dikongsikan Dahlia itu telah mendapat lebih daripada 22,000 tanda suka.
Untuk rekod, Dahlia dan aktor Imran Aqil mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Yusra pada 6 Mei tahun lalu.
Sumber: Threads