
Personaliti media sosial, Dahlia Rizal memberikan respon selepas seorang warganet melabelkan dirinya berlebihan kerana berkongsi perkembangan anak.
Artikel Berkaitan: ‘Banyaknya, Nak Buka Pun Shaking’ – Rakan Terharu Terima Hadiah Bertimbun Daripada Dahlia Rizal
Artikel Berkaitan: Dahlia Rizal & Imran Aqil Berjemaah Bersama Anak 5 Bulan, Raih Pujian Netizen
Progres anak
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Dahlia atau nama lengkapnya Nur Dahlia Ahmad Rizal, 24, memuat naik semula hantaran mengenai anaknya yang dikongsikan di laman Instagram.
Menurut Dahlia, anak sulungnya itu telah menunjukkan beberapa progres yang baik dan dia mengucapkan rasa syukur di atas perkembangan tersebut.
Masya-Allah, Yusra dah pandai pass barang bila saya minta. Ambil masa yang lama juga nak ajar dia.
Sekarang pun dia dah pandai cium kalau saya minta, itu pun ambil masa juga.
Tapi Alhamdulillah, anak saya yang 11 bulan ni dah pandai catch up.
Bagaimanapun, terdapat seorang daripada pengikut media sosialnya yang kurang senang tentang perkara tersebut lalu meninggalkan komen di ruangan mesej.
Overnya. Anak saya yang umur lapan bulan pun memang akan faham cakap ibunya.
Tidak berdiam diri, isteri kepada pepengaruh Imran Aqil itu kemudian menyelar individu tersebut dan tampil mempertahankan diri serta anaknya.
Saja share pun nak jadi joykiller ke?
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mengecam komen individu terbabit kerana sifatnya yang kurang senang melihat kegembiraan seorang ibu.
Untuk rekod, Dahlia dan Imran mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Yusra pada 7 Mei tahun lalu.
Sumber: Threads








