
Personaliti media sosial, Dahlia Rizal meraih perhatian apabila memuat naik video menunaikan solat berjemaah bersama suami iaitu Imran Aqil dan anaknya, Yusra yang berusia lima bulan.
Artikel Berkaitan: Dahlia Rizal Tahu ‘Password’ Suami, Hairan Ramai Kenalan Tak Kongsi Dengan Pasangan – ‘Saya Seorang Je Ke?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘ Kejar Impian Tak Semestinya Lari Daripada Tanggungjawab’ – Imran Aqil Perjelas Sertai Ironman 70.3.
Solat berjemaah
Dalam hantaran di Instagram, ia memaparkan Imran mendukung Yusra sambil mengetuai solat.
Sementara itu, pemilik nama Nur Dahlia Ahmad Rizal, 24, turut menyatakan solat berjemaah itu adalah kali pertama dilakukannya bersama anaknya.
Masya-Allah, merakam detik ini sambil menyedari tidak lama lagi dia akan solat di sisi saya dan bukannya bersama Baba.
Komen netizen
Perkongsian itu kemudiannya menarik perhatian orang ramai yang rata-ratanya memuji usaha Dahlia dan Imran menerapkan pengajian Islam kepada anaknya walaupun usianya masih kurang daripada setahun.
Dalam pada itu, orang ramai turut mendapat ilmu baharu tentang pembatalan wuduk sekiranya suami isteri bersentuhan.
Sumber: Instagram