

Kehadiran cahaya mata dalam sebuah rumah tangga pasti menambah kebahagiaan, namun, pengorbanan berjaga malam adalah momen yang berharga bagi setiap suami isteri.
Artikel Berkaitan: Beg Plastik Muntah Pun Kena Caj, Kos Bersalin Dahlia Rizal Cecah RM35,000 – ‘Dari Tahun Lepas Saya & Imran Dah Kumpul Duit’
Artikel Berkaitan: Dahlia Rizal Selamat Bersalin Caesar, Bayi Perempuan Seberat 2.85kg
Terima kasih kerana terus kuat
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Dahlia meluahkan rasa bersyukur memiliki suami seperti Imran.
Walaupun sibuk menguruskan puteri sulungnya, Imran dilihat tetap tersenyum dan meneruskan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
Badan Imran ingin rehat, otak sibuk fikir untuk cari duit dan hatinya ingin bersama kami.
Tenang sayang, awak lakukan dengan baik. Kami bangga dengan awak.
Di sebalik senyuman awak, saya tahu ada lelah yang disembunyikan.
Terima kasih kerana terus kuat walau penat sayang.
Jodoh cerminan diri




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Dahlia wanita beruntung kerana memiliki suami yang bertanggungjawab seperti Imran. Selain itu, warganet yang sudah berumah tangga turut menitipkan pesanan agar menghargai setiap momen bersama anak yang sedang membesar.
Sumber: TikTok @DahliaRizal








