berita

Da’i Syed & Isteri Bakal Timang Cahaya Mata

April 12th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pendakwah selebriti Da’i Syed berkongsi khabar gembira apabila isterinya iaitu pengacara Hana Ismail kini sedang berbadan dua. Tahniah!

Artikel Berkaitan: Suka Muat Naik Video Menari Bersama Isteri, PU Syed Tegur Dai Syed – ‘Jagalah Status Sebagai Agamawan’

Makan apa, lain macam

Menerusi posting yang dimuat naik, Da’i Syed atau Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail dan Hana dilihat memakai busana sedondon berwarna hijau. Foto tersebut juga jelas kelihatan Hana memegang perut sekali gus menampakkan baby bump.

Makan apa Hana Al Mauzah, lain macam. Apa pun kami ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.

Di Instastory pula, Da’i Syed memberitahu mereka bakal beraya bertiga tahun depan.

Tahun depan Insya-Allah sudah tidak berdua lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan khabar yang diberitahu itu.

Sumber: Da’i Syed

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×