Pendakwah sensasi, Da’i Syed mendedahkan majlis merisik dan bertunang dengan pengacara TV Hana Ismail sudah berlangsung pada 23 Oktober lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sudah Bersedia Untuk Berkahwin Dengan Pengacara Hana Ismail’ – Da’i Syed
Rahsia tarikh nikah
Ketika dihubungi, Syed, 27, berkata dia mengambil keputusan untuk berkongsi berita gembira itu memandangkan mereka bakal disatukan dalam masa terdekat ini.
Bagaimanapun, pemilik nama Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail memilih untuk merahsiakan tarikh pernikahan.
Sebenarnya majlis merisik dan bertunang itu diadakan di 23 Oktober lalu. Sebelum ini kak Umie pernah post tapi dia padam. Sebab waktu itu belum sesuai untuk dikongsikan.
Sekarang ini barulah bersesuaian untuk umum sebab kami akan berkahwin dalam masa terdekat. Nanti saya akan kongsi dan ajak media ke majlis pernikahan kami.
Insya-Allah kami akan bernikah di masjid di Kuala Lumpur pada sebelah pagi manakala majlis resepsi pula akan diadakan di sebelah malam di Subang Jaya.
Beza sembilan tahun
Ditanya keistimewaan yang ada pada diri Hana sehinggakan dia nekad untuk memperisterikan. Jawabnya, Hana, 36, seorang yang lemah lembut selain mempengaruhinya untuk berubah menjadi lebih baik.
Mungkin sifat dia yang buat saya terpikat. Walaupun usia kami beza 9 tahun tapi pemikiran kami sama cuma personaliti saja berbeza.
Saya agak nakal-nakal sikit, dia pula lembut. Jadi, sifat dia tu mempengaruhi saya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Albi Nadak memberitahu dia mula jatuh cinta selepas bertemu dengan Hana di majlis ilmu yang diadakan di kediaman pelakon Datin Seri Umie Aida.
Saya tahu kewujudan dia sebagai pengacara TV tapi saya tak pernah berkenalan melalui DM. Boleh katakan kak Umie la menjadi orang tengah perkenalan kami.
Saya mula jatuh hati dengan Hana semenjak kami bertemu di majlis ilmu yang diadakan di rumah kak Umie. Pertama kali jumpa, perasaan saya rasa lain… rasa seperti ada ‘spark’ antara kami.
Sejak itu, saya bercakap dekat kak Umie dan Kak Umie yang arrange kan pertemuan kami untuk berkenalan di rumahnya selama sejam.
Terdahulu, Umie Aida berkongsi video majlis merisik dan pertunangan Da’i Syed dengan Hana di laman Instagram miliknya.