berita

Dakwa Dirasuk Syaitan, Datuk 54 Tahun Tergamak Cabul Cucu Sebanyak 8 Kali Sampai Mangsa Meninggal Dunia

April 6th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang lelaki berumur 54 tahun telah ditahan oleh unit PPA (Pelayanan Perempuan & Anak) Polres Metro Jakarta Utara selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga menyebabkan kematian. 

Mengaku bersalah mencabul cucu sendiri

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Tribun Jakarta, mangsa merupakan cucu tiri kepada si pelaku dan pihak Polres Metro Jakarta Utara mengatakan suspek telah mengaku bersalah kerana mencabul kanak-kanak tersebut sebanyak lapan kali sejak Februari lalu.

Sudah lapan kali saya melakukannya. Saya pakai tangan.

Pelaku mengakui kononnya dirinya telah dirasuk syaitan sehingga tergamak mencabul cucunya sendiri sehingga meninggal dunia. Bukan itu sahaja, pelaku mendedahkan keinginannya untuk mencabul mangsa semakin ‘menjadi-jadi’ selepas dia mengintai kanak-kanak itu di dalam bilik air.

Perbuatannya terkutuk itu semakin menjadi apabila dia disuruh oleh isterinya untuk memandikan mangsa. Lebih mengejutkan apabila mangsa dikatakan tidak berani untuk menceritakan perkara sebenar kepada ibu atau neneknya selepas diugut bunuh oleh datuknya.

Meninggal sebab jangkitan kuman

Sekadar gambar hiasan

Mangsa telah meninggal dunia pada 30 Mac 2021 setelah dia dibawa ke beberapa hospital untuk rawatan.

Penyebab kematian mangsa adalah disebabkan jangkitan kuman pada saluran vagina, saluran pundi kencing yang merembes ke ginjal. Kemudiannya duburnya juga terkena jangkitan. Sehingga menyebabkan keluarnya nanah dan sebagainya.

Pihak Rumah Sakit Umum Pusat Persahabatan (RSUP) mengatakan bahawa terdapat kesan perbuatan jenayah pada tubuh badan mangsa dan hasil pemeriksaan turut mendedahkan mangsa mengalami luka parah pada alat sulitnya.

Sumber : Tribun Jakarta

SKIP THIS AD ×