Di Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila ahli Parlimen Bintulu dari parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Dato Seri Tiong King Sing mempersoalkan kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan yang didakwa lepas tangan dan tidak turun padang ketika pandemik Covid-19 melanda negara.
‘KP takut mati?’
Dalam perbahasan dari wakil Bintulu iaitu Tiong King Sing mengatakan pihak KKM mempunyai kelemahan dalam menangani pandemik Covid-19 yang turut dilihat menjejaskan sumber ekonomi rakyat.
Saya rasa KKM ada kelemahan. Setiap hari berita mengumumkan ada kluster sini sana, kenapa kita tak lockdown kawasan kluster itu? Kita test semua orang dalam satu tempat, jangan bagi dia orang merebak ke semua tempat.
Ini Ketua Pengarah buat berita hari-hari saja. Kenapa dia tidak turun padang? Macam Kota Kinabalu yang dilanda Covid. Kenapa dia tidak turun melawat setiap hospital? Jangan hantar frontliners, doktor, jururawat saja pergi sana.
Oh, dia orang tidak takut mati? Tapi KP takut mati…
“Jelutong, sit down!”
https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/videos/365173144761149/
Susulan kenyataan yang dikeluarkan wakil Bintulu tersebut, RSN Rayer (Jelutong) bertindak mencelah dan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang disifatkan kurang ajar. Malah, kenyataan Tiong King Sing mengaitkan Ketua Pengarah Kesihatan adalah kurang beretika sehingga mencetuskan kemarahan dan sensitiviti.
Suasana di dalam Dewan Rakyat menjadi semakin tegang apabila wakil-wakil PH meminta Tion King Sing memohon maaf dan menarik balik tuduhan tersebut. Ketegangan tersebut bagaimanapun telah menyebabkan RSN Rayer diarahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk keluar dari dewan kerana keengganan beliau duduk selepas diarahkan berbuat demikian.
Sumber: Buletin Utama