Konflik rumah tangga bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V mendapat perhatian ramai apabila peguam baginda mengesahkan isterinya sah diceraikan talak tiga menerusi kenyataan istana Kelantan.
Terbaru, pendedahan portal Singapura, Straits Times melaporkan bekas isteri Sultan Muhammad, Rihana Oksana terpaksa bergolok gadai setelah perceraiannya.
Hampir gugur
Lapor Daily Mail, Rihana yang juga ratu cantik Russia mendakwa dia terpaksa menggadai cincin perkahwinannya bernilai RM 1.05 juta untuk menampung bil perubatannya akibat ditinggalkan ketika hamil 4 bulan. Tambah wanita ini lagi, dia terdesak untuk mencari wang membiayai kos perubatan di Switzerland dan hampir keguguran.
Anaknya, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra yang lahir pada 21 Mei lalu, kini berusia 4 bulan didakwa Rihana sebagai waris diraja Kelantan menghidap beberapa komplikasi ketika masih di dalam kandungan.
Tak dedah nilai sebenar
Rihana mendakwa terpaksa menjual cincin rekaan jenama Jacob Arabo tiga kali kurang daripada nilai asalnya. Bagaimanapun dia tidak menyatakan jumlah sebenar gadaian.
Saya tak akan dedahkan berapa nilai sebenar saya gadaikan cincin tu. Saya gunakan duit tu untuk bayar bil perubatan kerana berdepan risiko kehilangan zuriat yang dikandung itu.
Besarkan anak sendirian
Sebelum ini Rihana memberi kenyataan kepada Daily Mail mendakwa tidak bertemu dengan bekas suaminya itu sejak Sultan Kelantan berkenaan meninggalkan Russia sejak Disember tahun lalu, dan hanya mengetahui mengenai perceraian mereka melalui internet.
Dia mendakwa Tengku Ismail Leon Petra merupakan anak hasil hubungan dengan Sultan Muhammad dan menawarkan untuk menjalankan ujian DNA bagi membuktikan dakwaan berkenaan.
Saya membesarkan anak sendirian dan menjaga kewangan sendiri tanpa pertolongan orang lain.
Dalam pada itu, sumber istana sebelum ini mendedahkan Rihana ada menuntut rumah kediaman bernilai RM41 juta dan nafkah RM123 ribu sebulan untuk menampung kehidupan.
Sumber: Daily Mail, Straits Times, Free Malaysia Today