berita

Dakwa Jumpa Malaikat & Nabi Muhammad SAW, Ketua Ajaran Sesat Dijangka Isytihar Taubat Hari Ini

September 27th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai seorang wanita yang dipercayai Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) mendakwa dirinya berupaya berhubung terus dengan Allah SWT, malaikat dan Nabi Muhammad selain mampu membuat ramalam tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan: Dakwa Jumpa Malaikat, Nabi Muhammad SAW & Tahu Tarikh Kematian, Ini Pesanan Ustazah Asma’ Harun Buat Pengikut ‘PMYT’

Berikutan daripada itu, wanita yang dikenali dengan nama Sittah Annur telah ditahan oleh polis sebelum dibebaskan sementara polis menunggu laporan daripada JAKIM mengenai kes tersebut.

Dijadualkan bertaubat hari ini

Terbaru, Kosmo melaporkan bahawa Sittah Annur atau nama sebenarnya Masitah Ab Jalar dijadualkan akan mengisytiharkan taubat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Majlis pengisytiharan Istitabah itu akan diadakan di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam masjid berkenaan pada hari ini kira-kira jam 11 pagi.

Menerusi satu jemputan media yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyatakan majlis akan dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah disusuli tausiyyah oleh Mufti Selangor dan Datuk Dr Anhar Opir.

Selain Anhar, acara itu bakal disaksikan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad. Turut dijadualkan hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Abdul Aziz Jusoh.

Majlis tersebut akan diakhiri dengan acara menandatangani Dokumen Penyaksian Pengisytiharan Taubat.

Video taubat

https://www.facebook.com/JabatanAgamaIslamSelangor/videos/447052260018189

Sumber: Kosmo Online

SKIP THIS AD ×