berita

Dakwa Lebih Tepat, China Bakal Lakukan Calitan Di Dubur Kesan Covid-19

January 28th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Seperti diketahui umum, calitan pada bahagian saluran penafasan dan tekak merupakan satu kaedah bagi mengesan pembiakan Koronavirus bagi setiap ujian saringan yang dijalankan. Malah, kaedah ini telahpun dipraktiskan secara dominan bagi setiap negara sebagai piawaian kesihatan.

Terbaru, di negara China pula telah mula melaksanakan ujian saringan Covid-19 dengan kaedah terbaharu. Selain mengambil calitan di bahagian tekak dan saluran penafasan melalui hidung, pihak berkuasa di China menggunakan kaedah calitan di dubur.

Lebih berkesan

Memetik laporan CNA, seperti mana dilaporkan oleh media massa, doktor pakar di China telah mula menggunakan kaedah calitan dubur ke atas individu yang dijangkiti Covid-19. Malah, pada minggu lalu, pihak kesihatan di negara itu telah melaksanakan kaedah tersebut ke atas beberapa orang yang tinggal di kawasan Huangpu, Shanghai.

Menurut Doktor kanan dari Hospital You’an iaitu Li Tongzeng mendakwa menggunakan kaedah calitan dubur itu didapati lebih berkesan berbanding calitan di saluran penafasan seperti mana dilakukan sebelum ini.

Menurut Dr. Li Tongzeng lagi, berdasarkan kajiannya dia mendapati virus dikesan lebih lama berada di bahagian dubur. Calitan di bahagian dubur diakui tidak mudah untuk dilaksanakan. Namun bagaimanapun, kaedah ini masih lagi dalam fasa penyelidikan.

Sumber: CNABH Online

SKIP THIS AD ×