berita

Dakwa Skuad Kebangsaan Hilang Fokus Sebab Sorakan Penonton, Menteri Belia & Sukan Mohon Maaf

June 14th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memohon maaf atas kenyataan yang dikeluarkan selepas pasukan Harimau Malaya tewas 1-2 dengan Bahrain dalam aksi kedua Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Sorakan penonton buat pemain hilang fokus?

Sebelum ini, Faizal tampil membela penjaga gol negara, Farizal Marlias susulan kesilapan disifatkan tindakan kurang bijak hingga menyebabkan Harimau Malaya tumpas di tangan Bahrain. Tambah Faizal, faktor luaran daripada lebih 63 ribu penonton di stadium ketika perlawanan itu berlangsung harus diambil kira atas kekalahan itu. Ujar beliau lagi, sorakan penonton secara tiba-tiba dilihat menyebabkan pemain negara hilang fokus.

Berikutan daripada kenyataan tersebut, rata-rata netizen menghentam Faizal di media sosial. Menurut netizen, kenyataan Faizal itu tidak masuk ‘akal’ kerana penonton penting dalam sesebuah perlawanan bagi memberi sokongan kepada para pemain.

Maaf atas kesilapan saya

Di Twitter, Faizal memohon maaf kepada semua. Menurut Faizal, sorakan dan sokongan para penyokong sebagai pemain ke-12 amat penting dan amat dihargai.

Bila dah kena balon, saya pun pening. Cakap-cakap bola saya sebelum ini telah disalah erti. Ampun dan maaf atas kesilapan saya.

Sumber: Faizal Azumu

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×