berita

Dakwa Suami Hilang Di Genting Highland, Rupanya Isteri Dah Sembelih & Masak Suami Jadi Kari

June 2nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Kisah kematian seorang lelaki Singapura yang dipercayai dibunuh dan dimasak oleh isterinya sendiri yang berlaku pada tahun 1984 masih kekal misteri sehingga ke hari ini.

Dakwa suami tak balik dari bercuti?

Rumah ibadat yang dikunjungi suspek dan mangsa

Pada 18 Disember 1984, Nagaratha Vally Ramiah (suspek) telah membuat laporan bahawa suaminya, Ayakannu Marimuthu tidak pulang ke Singapura selepas bercuti di Genting Highland pada 12 Disember. Namun disebabkan kekurangan bahan bukti, Marimuthu telah disenaraikan sebagai orang hilang sehinggalah pada tahun 1987.

Seorang pegawai polis mula mencurgiai Ramiah kerana dia dilihat langsung tidak mempedulikan kehilangan suaminya. Susulan daripada itu, Jabatan Siaasatan Jenayah iaitu Detektif Algamala membuka semula kertas siasatan kehilangan Marimuthu.

Hasil siasatan akhirnya membongkarkan misteri kehilangan Marimuthu. Ternyata mangsa sebenarnya telah dibunuh dengan kejam oleh isterinya sendiri. Pada 23 Mac 1987, pihak polis telah memanggil lapan suspek utama iaitu Ramiah, ibunya, tiga orang adik Ramiah termasuk isteri mereka.

Pada awal siasatan, kesemua suspek menafikan dakwaan tersebut tetapi siapa sangka, akhirnya terbongkar selepas salah seorang daripada mereka mendedahkan pembunuhan yang dilakukan.

Mangsa disembelih dan dimasak kari

Mangsa, Ayakannu Marimuthu

Difahamkan, pada 12 Disember 1984 iaitu tarikh yang sepatutnya Marimuthu berangkat ke Genting Highland, Ramiah telah membawa suaminya itu sebuah pusat ibadat tempat salah seorang adiknya bekerja. Di sana, Marimuthu telah diikat dan dikasari dengan batang besi sehingga mangsa tidak lagi bernyawa.

Tidak terhenti di situ, tubuh badan mangsa kemudian dipotong dan disembelih oleh seorang lagi adik Ramiah yang bekerja sebagai penjual daging. Anggota badan mangsa kemudian digaul dengan rempah kari dan dimasak dalam satu periuk besar.

Kari tersebut bersama beberapa tulang telah dimasukkan ke dalam beg plastik berwarna hitam dan dibuang ke dalam tong sampah di beberapa kawasan di Singapura.

Tetapi disebabkan tempoh kejadian dan siasatan agak jauh, kesemua suspek telah dibebaskan memandangkan pihak polis tidak menemui bukti yang kukuh termasuk tidak menemui anggota badan mangsa yang dibuang. Akan tetapi, kesemua suspek akan didakwa pada bila-bila masa sekiranya pihak polis berjaya menemui apa-apa petunjuk atau bukti pembunuhan.

Sumber: Exploresg, Straits Times

SKIP THIS AD ×