berita

Dakwaan Makanan RMT Tidak Berkhasiat, Cikgu Tampil Perjelas Keadaan Sebenar

September 6th, 2016 | by Shafika
Isu & Kontroversi

makananrmts

Isu RMT baru-baru ni banyak betul mengundang amarah netizen, mana taknya sepatutnya makanan yang diberi itu sihat dan berkhasiat. Tapi sebaliknya pula bila seorang cikgu di Kelantan melahirkan rasa sedih bila melihat sendiri menu makanan yang disediakan cuma nasi kosong bersama separuh potongan sosej.

Namun..Sebenarnya lain pula ceritanya dengan seorang cikgu di laman social Facebook yang memohon untuk turunkan mana-mana post yang melibatkan RMT. Aikk..Apa kes ni?

Makanan RMT yang tidak wajar

Seorang guru di sebuah sekolah rendah di Pasir Mas, Kelantan meminta pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) turun padang melihat sendiri bagaimana makanan di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) disediakan untuk murid.

Guru berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau sedih melihat menu makanan pagi untuk murid miskin tegar disediakan seperti nasi kosong dengan lauk separuh potongan sosej.

Katanya, pihak yang diberi tanggungjawab menyediakan makanan RMT tidak wajar menyediakan menu seperti itu, walaupun harga disediakan kerajaan hanya RM2.50 untuk seorang murid.

“Pagi tadi saya turun ke kantin sekolah, saya terkejut melihat makanan yang dihidangkan atas meja tidak terusik.

“Saya tanya beberapa murid yang ada di situ kenapa tidak makan nasi disediakan. Mereka jawab tidak ada selera.

“Kemudian saya ambil makanan itu dan setelah melihatnya sendiri, baru saya tahu kenapa murid hilang selera untuk makan,” katanya.

Menurut pekeliling Kementerian Pendidikan bertarikh 19 Januari 2016, pelaksanaan program itu bertujuan menyediakan makanan berkhasiat yang mengandungi nutrisi seimbang kepada murid bagi membantu mereka memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam kelas.

Penyediaan menu makanan hendaklah mematuhi senarai menu yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan, manakala Jabatan Pendidikan Negeri, PPD dan Jawatankuasa RMT sekolah hendaklah membuat pemantauan untuk memastikan semua peraturan dan prosedur kewangan dipatuhi.

Masih awal untuk pelajar usik

Sedih. Geram. Sakit hati. Semua ada. Mohon kepada yg ternampak kawan-kawan atau saudara mara yg share post ni minta turunkan. Admin Siakap Keli sendiri dah turunkan post mereka. Al-kisahnya hari ni bermula UPSR. So ada seorang bapa pelajar juga seorang guru datang hantar anak ke sekolah. Hantar anak di awal pagi. Masih awal utk pelajar2 kami sampai. So mmg logik lah makanan RMTS masih tidak terusik.

Menu hari ini Nasi Goreng Cina(mengikut menu kementerian), tembikai dan milo. Nasi goreng cina ni penender kami dgn inisiatif sendiri siap tambahkan sosej+colourful egg utk menarik minat budak utk makan. Kalau u guys guru mmg akan tahu yg budak2 susah yg amat nk makan RMTS.

Sedih kami bila benda tak benar disebarkan. Kami terpaksa menjawab dengan pelbagai pihak. PPD sendiri dah turun. PIBG dah turun. No issue at all! And please guys. If nampak any post pasal ni,do tag me. To my RK,sorry tak sempat balas tak sempat oncall. Esok if semua ok will get back to u guys!?

Dugaan musim exam.

Penerangan lanjut di TV3

Alhamdulillah. A good news. Even tak ada di sekolah. Tapi semua berjalan lancar. Malam nanti boleh tonton berita TV3 utk penerangan lanjut. Dua pilihan yg diberikan bagi pihak sana. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Penyayang. Boleh balik tidur. Semalam whole night tak tidur selesaikan urusan ni.??

Sumber : Nur Athirah Aripin, Malaysiagazette

SKIP THIS AD ×