
Peguam syarie mewakili pelakon, Uqasha Senrose iaitu Muhammad Syazmee Sapian menyangkal dakwaan Kamal Adli yang mendakwa dirinya sukar berjumpa dengan anak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Dakwa Sukar Berjumpa Hawra, Perlu Tulis Surat Kebenaran Kepada Pihak Uqasha Senrose
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uqasha Senrose Sudah Berbincang Dengan Keluarga Kamal Adli Untuk Perbaiki Rumah Tangga – ‘Saya Nak Selamatkan Diri Dari Kemudaratan’
‘Kamal memang sudah berjumpa anak pada hari itu’
Syazmee berkata, anak guamnya terbuka untuk berbincang perkara berkaitan Hawra dan tidak pernah menghalang untuk anak kecil itu berjumpa dengan bapanya.
Bagi isu anak, pihak kami percaya bahawa sebenarnya perjumpaan sudah pun berlaku. Kamal sudah berjumpa anaknya, siap pergi ke kedai kopi, bawa berjalan dan sebagainya pada 10 November lalu.
Hakikatnya, perkara itu dibincangkan bersama adik Uqasha jadi mereka dibawa berjumpa di satu kedai kopi. Bukannya terjumpa, bukannya tak sengaja, bukannya tidak dirancang, memang dirancang untuk berjumpa dengan anak tersebut.
Jadi, dakwaan bahawa tak bagi jumpa anak itu tidak betul. Hakikatnya, Kamal memang sudah berjumpa anak pada hari itu.
Syazmee berkata demikian ketika ditemui sejurus prosiding ketiga kes perceraian Kamal dan Uqasha di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu.
‘Dia boleh sahaja mahu berjumpa dengan anak’
Tambah Syazmee, anak guamnnya juga menghormati peranan Kamal sebagai bapa kandung kepada Hawra dan tidak pernah berniat untuk menjauhkan mereka.
Mengenai perancangan untuk Kamal berjumpa anak, tidak ada masalah. Kalau dia mahu hantar atau dimaklumkan lebih awal, kami boleh berbincang perkara itu, sebab kita hormati kedudukannya sebagai bapa.
Kami percaya anak perempuan memang ada ikatan dengan bapa, jadi tiada masalah selagi tiada halangan atau isu lain.
Sementara itu, Uqasha menegaskan dirinya tidak pernah menghalang Kamal untuk bertemu dan meluangkan masa dengan Hawra.
Dia boleh sahaja mahu berjumpa dengan anak pada bila-bila masa. Tiada masalah langsung.
Terdahulu, mahkamah menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kes perceraian Kamal dan Uqasha.
Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia tujuh tahun sembilan bulan.