Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini, seorang wanita iaitu Zara Zayne ada berkongsi satu laporan jenayah yang pernah diterimanya mengenai seorang gadis mendakwa adik perempuannya telah menjadi mangsa gangguan seksual bapa kandung mereka sendiri.
Ayah raba, masukkan tangan…
Sekadar gambar hiasan
Berdasarkan perkongsian tersebut, seorang pelajar berasrama penuh yang dikenali sebagai Seri berusia 14 tahun telah mengadu kepada kakaknya mengenai kisah hitam dan kelakuan jijik bapa kandung mereka.
Dalam laporan tu dia cerita, dia (kakak mangsa) terima WhatsApp daripada seorang lelaki yang merupakan pekerja kantin dekat sekolah asrama yang adik dia sedang bersekolah. Adik dia nama Seri, bersekolah di sekolah asrama dan dia minta tolong dekat pekerja kantin nak pinjam telefon untuk WhatsApp dengan kakak dia.
Waktu cuti sekolah panjang, Seri balik rumah. Masa balik rumah, mula-mula ayah kandung dia raba dia. Lama kelamaan, makin lama makin menjadi-jadi. Ayah masukkan tangan dalam seluar Seri dan waktu tu hampir-hampir nak merogol Seri tapi tak berjaya sebab mak tiri dioarang balik kerja.
Rupanya kakak pun pernah kena
Sekadar gambar hiasan
Ketika menghantar Seri pulang ke asrama selepas tamat cuti persekolahan, si bapa sekali lagi membuat perkara yang sama ketika mereka berdua berada di dalam kereta.
Waktu dah hantar tu, dia beritahu Seri ada hutang yang Seri kena bayar. Apa yang membuatkan Seri ni nak sangat hubungi kakak dia sebab waktu tu cuti sekolah dah nak bermula. Jadi dia takut bila balik, ayah dia buat lagi lebih daripada tu. Kakak dia kemudian buat laporan polis.
Hasil soal siasat mendapati, kakak Seri juga menerima nasib yang sama ketika seusia dengan Seri dulu. Disebabkan tidak tahan sering dijadikan mangsa pemuas nafsu si bapa, dia nekad lari rumah dan meninggal dua adiknya termasuk Seri. Difahamkan, ibu kandung mereka sudah berkahwin lain dan hak penjagaan diberikan kepada bapa kandung.
Susulan daripada perkongsian itu, Zara menasihati para ibu bapa supaya mendidik kepada anak-anak tentang ilmu sentuhan selamat. Perkara tersebut secara tidak langsung mampu dapat memberi pendedahan supaya mereka faham apa itu rogol, cabul dan sebagainya.
Sumber: Zara Zayne