
Pelakon, Nabila Huda berpandangan platform media sosial masa kini menjadi medium yang semakin dipenuhi penyebaran kebencian dalam kalangan masyarakat.
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Bila Pakai Comot Masuk Restoran Fancy Macam Kena Judge’ – Nabila Huda
Artikel Berkaitan: ‘Sangat Humble, Tak Sombong & Layan Semua Krew Sama Rata Dengan Artis’ – Individu Dedah Sikap Nabila Huda
Tidak mudah menghakimi orang lain

Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Nabila Huda meluahkan rasa hairan terhadap latar belakang kehidupan seseorang yang mampu membentuk sikap mereka sehingga tergamak bersikap sedemikian.
Katanya lagi, pengalaman yang dilalui sejak zaman kanak-kanak mengajarnya untuk tidak sewenang-wenangnya menghakimi orang lain.
Dalam era media sosial kini, ramai yang makin sakit.
Terlalu banyak sangat kebencian yang disebarkan.
Saya selalu tertanya bagaimana mereka dibesarkan.
Bagi saya, trauma zaman kanak-kanak saya telah mengajar saya pelbagai perkara.
Jangan menghakimi atau mencari salah orang dan betulkan hidup orang lain.
Jangan pedulikan mulut orang

Dalam masa sama, aktres drama ‘Kamar Kamariah’ itu menitipkan nasihat agar tidak terlalu mempedulikan suara-suara negatif kerana mereka tidak pernah melalui perjalanan hidup seseorang.
Awak tak tahu bagaimana hidup awak pada masa akan datang.
Jadi, bersedia sahaja.
Saya dah pernah melalui situasi tersebut dan merasainya sendiri.
Sebab itu saya tidakk mahu dengar bunyi yang bising.
Awak tiada dalam perjalanan saya dan saya akan terus melangkah sambil menerokai karakter serta mengejar impian saya.
Sumber: Threads





![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)