
Penyanyi, Syasya Rizal tampil menjelaskan mengenai perkongsian video memaparkan dirinya termakan daging khinzir ketika bercuti di luar negara, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syasya Belanja Nyanyian Vokal Selepas Netizen Dakwa Tak Pandai Nyanyi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syasya Rizal Kongsi Perjalanan Berhijrah, Tidak Mudah & Uji Mental – ‘Kadang Rasa Patah Balik Itu Mungkin Lebih Mudah’
Buffet sidang makanan halal
Mengakui bertujuan sebagai peringatan untuk diri sendiri, Syasya menegaskan dia bukan pergi ke tempat makan yang sembarangan tanpa memeriksa status halal lokasi tersebut terlebih dahulu.
Saya kongsikan video itu sebagai peringatan, untuk diri sendiri dan mungkin untuk orang di luar sana yang masih belajar macam saya. Makanan buffet hidang makanan halal.
Bukannya saya secara rawak makan di tempat yang tak halal. Kadang kita lupa, lain negara lain caranya. Dan saya masih dalam proses belajar.
Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan Dolla ini turut menjelaskan mengenai dakwaan dirinya terus menikmati hidangan tersebut meskipun sudah mengetahui makanan itu tidak halal.
Waktu itu, dalam mulut saya tengah kunyah benda lain bukan pun yang ada unsur haram tu. Sebab itu saya tanya, sebab saya benar-benar tak tahu.
Ia merupakan kali pertama saya berdepan situasi seperti itu waktu bercuti. Bukan sebab saya biasa dan bangga makan makanan haram. Nauzubillah, moga Allah jauhkan kita semua dari fitnah dan dari memfitnah.
Suami banyak nasihat
Syasya berkata lagi, dia bersyukur kerana suaminya memahami situasi yang berlaku dan tidak menyalahkan dirinya seratus peratus.
Alhamdulillah, saya ada suami yang selalu mengingatkan saya dengan kasih sayang. Islam itu agama yang penuh kasih, bukan cacian.
Agama yang lembut, bukan menghukum. Agama yang peluk kita bila kita sesat jalan, bukan tolak kita lebih jauh. Mari kita sentiasa pilih untuk beringat dengan kasih sayang.
Bukan dengan maki, bukan dengan murtadkan orang lain waktu dia tersungkur. Sebab tak ada seorang pun yang sempurna. Tapi kita boleh belajar sama-sama.
Sebelum ini, Syasya berkongsi video dia termakan daging khinzir ketika sedang bercuti di luar negara namun perkongsiannya itu mendapat pelbagai respons netizen.
Sumber: Instagram