
Pelakon, Fattah Amin menyorot perhatian apabila berkongsi detik indah ketika majlis pernikahannya bersama penyanyi, Amira Othman menerusi Threads.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Persoal Ketiadaan Adik Lelaki Fattah Amin Semasa Majlis, Bapa Saudara Jawab – ‘Farhan Introvert Orangnya’
Artikel Berkaitan: Penulis Khat Tertarik Dengan 11 Huruf ‘Fa’ & ‘Alif’ Di Pelamin Fattah Amin, Amira Othman – ‘Mungkin Ada Simbolik Tertentu’
Fattah kongsi kata puitis

Menerusi perkongsian yang dibuat, Fattah memuat naik beberapa momen manis dirinya bersama Amira yang kelihatan begitu cantik berbusana pengantin berona putih.
Pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin itu turut berkongsi kata-kata puitis serta menzahirkan rasa syukur selepas mereka sah bergelar suami isteri.
Dalam tiap helaian takdir, terukir kisah kita, setulus takdir menyatu dalam satu akad.
Setiap detik adalah puisi cinta yang tidak terucap, namun tersemat di jiwa.
Komen netizen



Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya menzahirkan ucapan tahniah atas perkahwinan pasangan merpati dua sejoli itu.
Mereka juga mendoakan agar perkahwinan Fattah dan Amira berkekalan hingga ke jannah.
Terdahulu, Fattah dan Amira selamat diijakbulkan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Sepang, Selangor, pada malam Ahad.
Dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Fattah dan Amira sah menjadi pasangan suami isteri dengan hanya sekali lafaz.
Mulai 19 September, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam, saksikan Setulus Takdir: Fattah Amira untuk mengikuti perkembangan terbaru kehidupan mereka sebagai suami isteri.
Unifi TV akan menyiarkan liputan eksklusif majlis akad nikah, bulan madu, aktiviti kebajikan dan banyak lagi. Semua ini eksklusif di saluran Inspirasi, di Unifi TV.
Muat turun sekarang di: onelink.to/unifitv.
Sumber: Threads Fattah Amin




![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
