
Penyanyi, Azza Elite tampil menegur sikap segelintir individu yang gemar merendah-rendahkan orang lain di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Kita Kerja Siang Malam, Ada Pula Yang Seleweng Duit Hak Orang.. Frust Dengan Penunggang Agama’ – Azza Elite
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Kita Miskin, Orang Tak Pandang..Itulah Hakikat Dunia’ – Azza Elite
Tak ada masalah nak pakai filter
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna berkongsi pengalaman melihat seorang influencer yang kelihatan cantik di TikTok, namun berbeza penampilannya apabila bertemu secara bersemuka tanpa solekan.
Ada seorang influencer ini dekat TikTok kemain cantik, flawless dan manja.
Pernah sekali saya jumpa dia tanpa makeup di dalam surau, rupa dia kelam.
Berbeza sangat, kesian semua kena tipu.
Bagaimanapun, hantaran tersebut menarik perhatian Azza atau nama penuhnya Noor Azzarina Zawari, yang berpandangan bahawa tidak salah jika seseorang menggunakan filter, namun ia tidak wajar dijadikan bahan untuk menghina orang lain secara terbuka.
Dalam surau pun hati kau hijau, hitam, biru, merah dan tak putih, tak ada masalah kalau orang nak pakai filter pun.
Awak pula lawa mesti tak pakai filter kan?
Jadi cuba jangan down kan orang lain.
Dah nampak simpan dalam hati.
Busuk hati
Dalam masa sama, pelantun lagu ‘Tamparan’ itu turut mengingatkan bahawa kecantikan luaran tidak mencerminkan hati seseorang.
Kalau nak sangat cerita sangat, kau cerita dengan dedaunan, batu, ayam, tunggul kayu ke, tak pun semut.
Kau cerita dekat public, yang nampak buruk itu bukan dia, tapi kau busuk hati.
Muka kalau biasa boleh pakai filter, tapi kalau hati kau jahat, filter pun azab nak terima kau.
Itu baru filter, belum lagi kubur dan Tuhan.
Sumber: Threads