berita

‘Damage Is Done’ – Akibat Selalu Jadi Punching Bag Bapa, Anak Berubah Sikap Jadi Kasar & Nakal

August 6th, 2019 | by Amirul Asraf
Kesihatan & Hidup Aktif

Isu keganasan dalam rumah tangga bukan perkara asing lagi di Malaysia. Jika tidak dibanteras, pasti pelbagai kesan negatif bakal berlaku. Misalnya, perkembangan mental dan fizikal mangsa keganasan akan terjejas ekoran perlakuan yang dilihat dan dirasai oleh mereka.

Menerusi Facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, dia berkongsi sikap seorang budak yang panas baran dan agresif ketika berjumpa dengannya. Menurutnya, budak tersebut mengikut perangai ayahnya yang juga memiliki sifat yang sama.

Ada sahaja benda dia nak sentuh dan usik

Sekadar gambar hiasan

Dah ke? Doktor tak check pun! Budak 5 tahun ni, dari mula masuk bilik konsultasi doktor tadi, dah buat hati aku berdebar. Ada sahaja benda dia nak sentuh dan usik dengan kasar. Risau aku dibuatnya. Bukan sahaja perilaku dia kasar, bahasanya pun boleh tahan juga. Bila mak dia tegur, dia menjawab dengan nada dan cara yang agak kasar. Jika tak tahu kesnya, mungkin timbul bibit marah.

Ayah budak ni seorang yang panas baran. Si ibu ada sebut perkataan “pukul” “cekik” “baling” serta perkataan lain yang menggambarkan betapa panasnya baran ayahnya itu. Selain budak ni, emaknya juga jadi mangsa keganasan berkenaan. Si ibu cuba bertahan, cuba optimis, cuba mengharap, tapi akhirnya terpaksa juga memilih jalan untuk berpisah. Dah tak sanggup menyorok bengkak dan lebam, menahan sakit, namun paling tak sanggup adalah lihat anak sendiri menjadi punching bag.

Perpisahan meninggalkan kesan

Sekadar gambar hiasan

Namun, damage is done. Perpisahan itu sudah agak terlambat, kerana apa yang berlaku sebelum perpisahan itu telah meninggalkan kesan. Setelah berpisah dengan suami, si ibu ingat hidupnya akan jadi aman. Jadi normal. Rupanya tidak! Si anak telah mewarisi sifat kasar itu daripada si bapa. Cenderung untuk merosakkan barang, atau mencederakan diri jika tidak dilayan atau kemahuannya tidak dituruti.

Dulu, ada ayahnya, si anak mungkin takut nak tunjuk perangai. Bila ayahnya tiada, dia jadi sifat negatif itu menyerlah. Tak salah anak tu juga, dia membesar melihat kekasaran dan keganasan. Dia anggap itu perilaku normal. Bila jadi begitu, si ibu menjadi terguris hati. Perangai anaknya itu mengingatkan dia kembali pada apa yang dilakukan bekas suami pada dirinya. Dia jadi geram. Jadi marah! Lama-lama tak dapat bendung marah tu lagi. Akhirnya dia lepaskan geram dan marah terhadap suami, pada si anak. Habis diherdik dan dipukul anaknya. Seteruk mana? Entah.

Berjumpa dengan doktor

Sekadar gambar hiasan

Nampaknya, kes ini kembali ke petak pertama. Back to square one. Bezanya, dulu ayah pukul, sekarang ibu pukul, anak pula pukul diri sendiri dan rosakkan barang. Jadi satu rantaian yang entah mana akhirnya. Jadi vicious cycle. Nasib baik si ibu masih punya kewarasan. Dia datang jumpa saya(doktor) dan memohon si anak dan dirinya untuk dirujuk kepada kaunselor dan pakar psikiatri. Dia mahu kesengsaraan ni hentikan.

Saya rasa dia wanita yang cekal dan bijak. Dia tahu apa masalahnya, dia tak berdolak dalik, dia sendiri datang serah diri. Mungkin demi masa depan anaknya. Sekarang kalian faham kan, bagaimana keganasan boleh diwarisi. Bukan dari genetik sangat, tetapi daripada pendedahan. Pendedahan yang berpanjangan terhadap keganasan. Mangsa mungkin jadi pemangsa jika cukup pendedahan. Jika cukup dendam. Paling menakutkan mangsa tak balas pada pemangsanya, tapi orang lain.

Jangan anggap sesuatu yang biasa

Sekadar gambar hiasan

Sebab itu, jika anda dibesarkan dengan kekasaran, jika boleh jangan anggap ia sesuatu yang “Alah biasalah, masa kecil pun aku kena macam ni. OK je!” Kita mungkin OK, mungkin orang yang kita kasari tu tak OK. Ada yang jadi trauma, dan ada yang mungkin jadi lebih ganas dari kita. Tak rasa bersalah ke kerana kita membentuk perilaku ganas pada orang lain? Okaylah. Berbalik kepada kisah anak beranak tadi. Aku harap mereka berdua tadi akan dapat rawatan, dan dapat ubah hidup mereka. Aku doakan mereka boleh hidup tenang selepas ini.

Baran ni perlu dirawat. Perlu ditangani. Perlu dihentikan. Tak ada istilah “aku memang baran” atau “dia memang baran”. Jika ada baran, maka hulurlah tangan, mintalah bantuan. Ada yang sudi membantu!

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×