berita

Dana Dalam Tabung Merah RMHC Di McD Sebenarnya Untuk Siapa? Ini Yang Korang Patut Tahu

March 27th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Sebagai generasi masa depan, kebajikan kanak-kanak di Malaysia perlu dititikberatkan, lebih-lebih lagi kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan.

Kempen Baik Semula RMHC Malaysia dengan kerjasama McDonald’s Malaysia dan Media Prima mengajak korang semua mengumpul dana untuk sama-sama membantu kanak-kanak yang memerlukan ini. Siapa lagi nak bantu jadikan kehidupan mereka lebih ceria, kalau bukan kita?

Sumbangan untuk kanak-kanak memerlukan

Sejak ditubuhkan pada tahun 1990, sudah lebih 30 tahun Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Mudah je nak hulurkan bantuan kepada mereka, korang perasan tak setiap kali pergi McDonald’s, mesti ada satu tabung merah ni kat sebelah kaunter pembayaran? Boleh dikatakan, setiap restoran McDonald’s mesti ada tabung merah ni. Melalui tabung inilah RMHC Malaysia bantu kanak-kanak ni semua.

Ramai keluarga kurang berkemampuan gembira dengan bantuan dihulurkan

RMHC Malaysia mempunyai empat program utama iaitu Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, Gift of Smile dan Program Pek Kembali ke Sekolah.

Supaya korang tahu tentang program yang ada, kami nak ajak korang tengok kat bawah.

Rumah Ronald McDonald

Bayangkan kalau anak korang sakit, kena rawat di hospital dalam tempoh lama. Tapi korang tak mampu sewa hotel nak teman anak di hospital. Dahlah rumah pulak jauh, mana nak fikir belanja hospital, duit minyak, duit makan dan macam-macam lagi duit belanja. Mungkin ada antara kita terpaksa lupakan hasrat untuk dapatkan rawatan buat anak korang kan? Kita tak boleh biarkan situasi macam ni terjadi.

Sebab tu terbinanya Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Cheras dan Hospital USM, Kelantan. Beban keluarga yang kurang berkemampuan dapat dikurangkan. Mereka boleh tinggal di Rumah Ronald McDonald sementara anak mereka dapatkan rawatan di hospital. Kalau nak tengok anak di wad pon senang je.

Bilik Sensori Ronald McDonald

Buat keluarga yang mempunyai anak istimewa, korang patut bawak anak korang masuk Bilik Sensori Ronald McDonald ni. Bilik ni dilengkapi dengan peralatan multi deria dan kemudahan terapi yang merangsang deria sentuh, pendengaran, penglihatan, rasa dan bau kanak-kanak istimewa.

Kalau korang nak tahu, ada 35 buah bilik sensori di seluruh Malaysia. Kanak-kanak yang pernah masuk bilik ni cukup seronok. Suasana bilik ni pun cukup tenang dan selesa dan mereka boleh belajar dengan cara mereka yang tersendiri.

Gift of Smile

Kanak-kanak yang dilahirkan dengan bibir dan lelangit sumbing tak minta dilahirkan sebegitu rupa. Ada keluarga yang nak dapatkan rawatan tapi duit tak cukup. Apakah hadiah istimewa yang patut diberikan kepada mereka?

Program Gift of Smile adalah hadiah yang terbaik! Buat keluarga yang kurang berkemampuan, kos pembedahan dan rawatan untuk anak-anak mereka yang mengalami sumbing bibir dan lelangit dibiayai sepenuhnya dalam program ni. Ramai kanak-kanak dapat senyum dengan manis sekali!

Pek Kembali Ke Sekolah

Baju sekolah baru, kasut sekolah baru, beg baru, semuanya korang dapat setiap kali melangkah ke sekolah. Kami yakin korang pernah tengok rakan sekelas yang masih memakai baju atau barang sekolah yang lusuh dan lama. Kasihan kan?

Oleh itu, Pek Kembali Ke Sekolah menaikkan semangat ramai kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan untuk ke sekolah. Kanak-kanak ini dapat barang sekolah baru seperti beg dan alat tulis. Seronok la mereka nak ke sekolah lepas ni!

Semua program ni betul-betul menyentuh hati dan meringankan beban banyak keluarga. RMHC Malaysia dah bantu lebih 80,000 kanak-kanak di Malaysia sejak lebih 30 tahun lalu, dengan pembiayaan lebih RM30 juta.

Sumbangan hasil usaha orang ramai dan rakan korporat!

Semestinya bantuan yang dihulurkan RMHC Malaysia adalah atas hasil sumbangan ikhlas korang sebagai pelanggan McDonald’s yang bermurah hari menderma ke tabung dan Kiosk Layan Diri di restoran-restoran McDonald’s. Tajaan dan sumbangan dari rakan korporat jugak tak dilupakan. Terima kasih semua!

Penaja utama AJL35, McDonald’s ajak korang sahut Kempen Baik Semula dan RHMC

Korang yang tengok AJL35 mesti tahu yang McDonald’s jadi penaja utama mereka kan? Semasa Backstage AJL35 yang dihoskan oleh Hefny Sahad dan Neeta Manisha, Siti Nordiana jugak dijemput untuk ditemu ramah berkenaan Kempen Baik Semula bersama RMHC.

Siti Nordiana, salah seorang penyanyi lagu Baik Semula berkata, Kempen Baik Semula dan RMHC merupakan satu kolaborasi yang cukup baik dan unik. Sambil-sambil berjuang menentang Covid-19, kita tak lupa membantu golongan yang memerlukan.

Kempen Baik Semula akan diteruskan sehingga akhir bulan Mei ni. Oleh itu, McDonald’s nak ajak korang untuk terus hulurkan sumbangan ikhlas ke tabung RMHC Malaysia sempena Kempen Baik Semula.

Korang boleh buat sumbangan melalui pemindahan wang ke akaun Maybank RMHC Malaysia atau imbas QR kod Touchn’Go dan Boost. Boleh rujuk gambar di atas. Selain tu, korang juga boleh menderma kepada tabung dan Kiosk Layan Diri di McDonald’s.

Sebagai badan kebajikan pilihan McDonald’s, RMHC Malaysia akan menggunakan dana yang berjaya dikumpulkan untuk membantu lebih ramai kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh negara. Usaha murni oleh RMHC Malaysia ni patut disokong!

Akhir kata, jom kita sama-sama membantu kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan. Selamat menderma semua!

Untuk info lebih lanjut, klik sini.

SKIP THIS AD ×