Anak kepada pelakon, Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim menegaskan pandangan orang luar berkenaan hubungan bersama kekasihnya yang berasal dari Singapura adalah tidak penting.

Artikel Berkaitan: Danish Hakim Batal Niat Jadi Pelakon, Hilang Minat Nak Ceburi Industri Seni – ‘Saya Solat Istikharah’

Artikel Berkaitan: Trauma Isu Nafkah, Abby Abadi Ingatkan Danish Hakim Tentang Tanggungjawab

‘Tak penting’

Terdahulu, Danish, 22, memuat naik gambar kekasihnya di Instagram. Namun begitu, perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen mendakwa wanita pilihan hatinya kemungkinan tidak menerima restu daripada ibunya, Abby Abadi atas perbezaan usia.

Bagaimanapun, Danish membidas mengatakan individu yang tiada kaitan dengan dirinya tidak perlu memberikan pandangan mengenai hubungannya.

Pandangan atau restu dari orang yang tidak patut terlibat macam awak tidak diperlukan.

Jaga urusan sendiri.

Sumber: Instagram