berita

Danny X-Factor Timang Cahaya Mata Selepas 7 Tahun Menanti

March 1st, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

 

Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata untuk menyerikan lagi kehidupan rumah tangga mereka. Begitu juga pelakon dan penyanyi, Danny X-Factor dan isterinya.

Tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan bersama, sudah pasti penantian si comel dinantikan. Menerusi Instagram Danny, dia memuat naik beberapa keping foto dan mengumumkan kepada semua bahawa isterinya telah selamat melahirkan zuriat pertama mereka semalam.

Lahirnya putera kami

https://www.instagram.com/p/BuaVGw6Bpoq/

Menerusi Instagram Danny, dia menzahirkan rasa syukur di atas kurniaan yang diberikan. Dalam masa yang sama, dia turut gembira bahawa statusnya kini sudah bergelar sebagai seoarang ayah.

Penantian selama 7 tahun

https://www.instagram.com/p/Bua5ZWuB2h1/

Selepas 7 tahun penantian, dia juga tidak mengambil tempoh masa yang lama untuk mendedahkan foto bayinya itu. Ucapan terima kasih buat isterinya kerana bersusah payah selama mengandung dan melahirkan zuriatnya juga diungkapkan melalui posting tersebut.

Ucapan rakan artis

Ramai rakan artis memberikan ucapan tahniah buat Danny dan isterinya yang selamat menimang cahaya mata mereka. Ternyata rakan artis turut gembira meraikan kehadiran bayi lelaki yang comel itu.

Sumber: Danny X-Factor

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×