berita

Danny XFactor Cedera, Anis Al-Idrus Terkehel, Melia Aimiellia Kena Rasuk?

November 2nd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Seram dan menakutkan! Buat julung-julung kalinya, program gameshow ‘Panik’ dibawakan khas oleh producer Seekers untuk menguji ketahanan metal dan fizikal para artis yang terpilih dengan cabaran dan lokasi pengambaran yang mengerunkan.

Berkonsepkan suasana seram, para peserta diberikan beberapa tugasan secara mengejut tanpa mengetahui sebarang aktiviti yang disediakan dengan memilih seorang sukarelawan dalam sebuah kumpulan untuk dijadikan mangsa dalam pertandingan ini. Bertempat di lokasi seram, program ini akan dimulakan pada tengah malam dan berakhir pada subuh keesokkannya tanpa sebarang lampu. Berbanding episod pertama, kini setiap peserta dibekalkan satu “headlight” sahaja untuk setiap kumpulan.

Program yang dijalankan selama 6 episod ini memerlukan ketangkasan peserta dalam kegelapan dimana peserta haruslah berlari mengejar masa bagi menyelamatkan setiap mangsa sukarelawan yang akan diletakkan di satu tempat menyeramkan.

Antara 8 artis tanah air yang bakal menyahut cabaran ini adalah Danny Xfactor, Anis Al-Idrus, Ika Nabila, Jufri Rayyan William, Marlon V.I.P, Shakilla Khoriri, Emilya Emilya, dan Ezany. Terbahagi kepada 2 kumpulan, setiap kumpulan mempunyai seramai 4 anggota dimana kumpulan A terdiri daripada Danny Xfactor, Anis Al-Idrus, Marlon V.I.P dan Shakilla Khoriri manakala kumpulan B terdiri daripada Ika Nabila, Jufri Rayyan William, Emilya Emilya, dan Ezany.

Danny XFactor yang juga merupakan senior didalam kumpulan A menyatakan bahawa dia cedera ringan tatkala melangkah anak tangga. Kesilapannya itu mengakibatkan dia terjatuh dan mengalami cedera ringan ditangan. Atas keperihatinan Persatuan Bulan Sabit Merah, mereka datang membantu merawat lukanya itu.

“Saya jatuh tangga, dalam keadaan kelam kabut, semasa berlari saya ter’skip’ banyak tangga, ini mengakbiatkan luka di tangan saya. Walaupun saya daripada kumpulan A, semasa saya jatuh, saya lihat kumpulan B datang membantu, dari situ saya nampak hubungan setia kawan yang terjalin.”

Danny yang dikenali sebagai seorang yang aktif dalam bidang sukan menerima dugaan yang menimpa dirinya. Baginya cedera yang dialami adalah punca daripada kesilapannya sendiri sekaligus membangkitkan semangat untuk dia berjuang.

Bagi pelakon Melia Aimiellia, pengalaman dirasuk merupakan pengalaman pertamanya. Pelakon ‘Karipap-Karipap Cinta’ ini menegaskan bahawa dia tidak sedar apa yang sudah terjadi selepas mendengar bunyi bising yang datangnya daripada bilik sebelah iaitu bilik kurungan Anis Al-Idrus.

“Saya menjadi mangsa dibilik kurungan Muzium Perang, Penang untuk episod ke 2. Semasa di dalam bilik itu, saya terasa seolah-olah kaki saya dipegang. Pelbagai ayat suci saya baca, namun saya masih diganggu. Saya menangis kerana saya rasa seolah-olah ada benda di sekeliling saya.”

Setelah diselamatkan oleh Ika Nabilla, Melia Aimiellia diserahkan kepada Jufri Rayyan William. Semasa menaiki tangga, Jufri memberitahu bahawa Melia langsung tidak bernafas. Selepas tiba diatas, Melia pengsan dan memerlukan lebih daripada 5 orang untuk mengangkatnya ke surau. Suaranya yang bertukar, menyeramkan lagi rakan seperjuangannya, Ika Nabila.

Manakala, bagi pelakon “Hilangnya Doa Seorang Ibu” menyatakan dia terkehel ketika melakukan aktiviti yang ditugaskan. Namun, cedera ringan yang dialami kini beransur pulih.


Apa-apa pun, nantikan kemunculan program ‘Panik’ ini yang akan disiarkan pada Disember 2012. Jangan lupa saksikan kepayahan peserta-peserta ini dalam menempuhi cabaran dan dugaan yang harus dihadapi.

SKIP THIS AD ×