berita

Dapat Baucar Ekstra RM500 Kalau Tebus RM150 Kredit ePemula Dengan ShopeePay, Boleh Shopping Sakan Ni

April 11th, 2022 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Ada sesiapa kat sini merupakan golongan belia atau pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia? Mungkin juga korang mempunyai kenalan atau keluarga dalam golongan ni? Kami ada berita baik nak kongsikan kepada korang.

Sekarang tengah kecoh habis pasal ePemula yang sebelum ni sama persis dengan program eBelia pada tahun 2021 di media sosial. Melalui inisiatif kerajaan ni, sebanyak RM150 kredit ePemula akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun e-wallet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar IPT sepenuh masa.

Tahun lepas, ShopeePay merekodkan 500,000 penebusan pada hari pertama! Sekali lagi pada tahun ni, ShopeePay tawarkan faedah tambahan menarik, ada jaminan baucar ekstra RM500 wei. Tak boleh miss ni. Jom tebus RM150 kredit ePemula dengan ShopeePay sekarang!

Sebenarnya ada cara paling mudah untuk korang tebus RM150 kredit ePemula tau. Ini caranya!

Guna ShopeePay untuk tebus RM150 kredit ePemula, lagi berbaloi!

Korang salah seorang pengguna setia ShopeePay? Eh, sama la kita! Sekarang dah ramai yang guna ShopeePay untuk shopping. Memang mudah. Lagi-lagi bila dapat tahu boleh tebus RM150 kredit ePemula dengan ShopeePay. Yay!

Korang boleh mula tebus RM150 kredit ePemula dengan ShopeePay bermula 11 April, jam 8 pagi hingga 1 Jun, jam 11.59 malam. Hari terakhir untuk korang gunakan RM150 kredit ePemula tu adalah pada 10 Jun, 11.59 malam tau. Ingat tu!

Kami tahu para belia di Malaysia mesti excited dengan bantuan RM150 kredit ePemula. Memang berita gembira ni. Paling penting, boleh berjimat. Korang gunakannya sebaik mungkin untuk beli barang keperluan dengan ShopeePay okay?

ShopeePay boleh digunakan di kedai luar yang terima bayaran e-wallet

Ramai yang ingat boleh guna ShopeePay ni secara online je. Silap besar tu. Sekarang dah moden beb. Selain dalam talian, korang boleh jugak gunakan ShopeePay di kedai luar yang menerima bayaran e-wallet tau.

Senang cerita, kalau korang nampak kedai tu paparkan DuitNow QR di kaunter bayaran, boleh imbas dan bayar je dengan ShopeePay. Mudah kan? Lagipun sekarang kita dah amalkan cashless untuk kebaikan bersama. Setuju!

Macam ada udang di sebalik batu je. Takkan la kami saja-saja nak cadangkan korang tebus RM150 kredit ePemula dengan ShopeePay. Betul tak?

Haa.. Nak kasi surprise la ni. Sebenarnya banyak lagi ganjaran menarik yang korang akan dapat nanti. Nak tahu apa dia?

Ada baucar ekstra RM500 dijamin, memang special untuk korang!

Ish, memang murah hati ShopeePay kali ni. Bukan setakat boleh guna untuk tebus RM150 kredit ePemula, siap dapat baucar ekstra RM500 seperti Baucar ShopeePay, Baucar ShopeeFood, Baucar Shopee Mall dan YES SIM & Data pulak tu. Best gila!

Korang akan dapat Baucar ShopeePay bernilai RM90 untuk digunakan di Tealive, A&W, MR.DIY, Kenny Rogers Roasters, MYNEWS, Baskin-Robbins, OldTown White Coffee, ZUS Coffee dan banyak lagi. Sayang kalau tak guna baucar ni!

Paling best, korang jugak akan dapat Baucar ShopeeMall bernilai RM50 untuk digunakan di Sony, JBL, Edifier, Watsons, Clinelle, Rorec, Mandom, Russell Taylors, Tefal Home, Skechers, Oxwhite dan sebagainya. Memang shopping sakan la!

Tak cukup hebat lagi. Korang akan dapat Baucar ShopeeFood bernilai RM310. Ada penghantaran percuma dan diskaun makanan lagi. Fuh, bukan biasa-biasa!

Belanjakan RM150 kredit ePemula dengan ShopeePay, dapat Shopee Coins Cashback!

Tak tahu kat mana nak belanjakan RM150 kredit ePemula dengan ShopeePay? Tak ada idea? Apa kata korang belanjakannya di kedai-kedai yang kami rekomen kat bawah ni. Korang boleh nikmati Shopee coins cashback!

  • FESYEN
    JD Sports, Focus Point, Giordano, Elle, Common Sense
  • MAKANAN & MINUMAN
    Taco Bell, KFC, Kyochon, myBurgerLab, CU Malaysia
  • TEKNOLOGI
    Samsung, Huawei, Switch, Xiaomi
  • KECANTIKAN
    innisfree, Guardian, Sasa
  • HIBURAN
    TGV Cinemas, Red Box, Flyproject, BookXcess, Gamers Hideout
  • PETROL
    Petron, Shell, Caltex, BHP Petrol

Korang hanya perlu imbas mana-mana DuitNow QR untuk buat bayaran dan dapatkan 3% Shopee Coins Cashback tanpa Perbelanjaan Minimum*. Senang cerita, masa nak bayar tu, jangan lupa guna ShopeePay ya.

*Terhad pada 300 Shopee coins setiap transaksi, sehingga 10 transaksi setiap hari

Sertai Peraduan Media Sosial ePemula ShopeePay, hadiah menarik menanti korang!

Wah, ada contest menarik untuk korang join ni! Kami nak ajak korang sertai Peraduan Media Sosial ePemula ShopeePay ni. Korang berpeluang memenangi hadiah sehingga RM25,000. Hadiah lumayan tu. Siapa tak nak oi!

Macam mana nak join peraduan? Meh tengok kat bawah. Tak boleh lepaskan peluang keemasan ni!

Cara menyertai Cabaran #ShopeeEPEMULAsquad

  1. Follow @ShopeePay_MY di Instagram & @ShopeeMY di TikTok.
  2. Tangkap gambar secara berkumpulan di IG atau tunjukkan kami gerakan licik korang di TikTok bersama skuad korang.
  3. Korang dan skuad korang berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM25,000!

*Kesemua 4 ahli skuad mesti telah menebus ePemula RM150 dengan ShopeePay.
*Tertakluk pada terma dan syarat.

Siapa je yang layak untuk tebus RM150 kredit ePemula ni?

Saya ni layak ke tak untuk dapat ePemula? Haa.. Dah mula tertanya-tanya kan? Seperti yang kami beritahu awal-awal tadi, e-Pemula adalah istimewa untuk para belia di Malaysia. Tapi kena tepati syarat ni. Cukup syarat, layak la tu.

Syarat kelayakan untuk tebus RM150 kredit ePemula

– Seorang warganegara Malaysia; dan

– Berumur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003); ATAU

– Pelajar sepenuh masa di IPT (diploma/SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar).

Alright, kalau korang tahu korang dah layak, tunggu apa lagi? Jom tebus RM150 kredit ePemula dan dapat baucar ekstra RM500 dengan ShopeePay sekarang. Jangan tangguh guys!

Macam mana nak tebus RM150 kredit ePemula dengan ShopeePay?

Bagi korang yang masih blur, tak tahu macam mana nak tebus RM150 kredit ePemula dengan ShopeePay, jangan risau. Kami memang nak tolong. Korang ikut je langkah di bawah satu demi satu. Kacang goreng je beb.

Cara tebus RM150 kredit ePemula dengan ShopeePay

  1. Muat turun dan install aplikasi Shopee.
  2. Buka aplikasi Shopee dan pergi ke ikon ShopeePay di homepage Shopee.
  3. Aktifkan ShopeePay Premium dengan memasukkan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan.
  4. Masukkan nombor PIN (perlu diingat) untuk pengesahan.

Pemohon boleh membuat pembayaran menggunakan ShopeePay sebaik sahaja ia diaktifkan dan ditambah nilai. Manfaatkan RM150 kredit ePemula ni dengan sebaiknya. Jangan lupa share  pada keluarga dan kawan-kawan korang jugak!

Untuk info lebih lanjut tentang penebusan RM150 kredit ePemula dan baucar ekstra RM500 dengan ShopeePay, korang boleh klik sini.

SKIP THIS AD ×