berita

Dapat Jimat Elektrik Serta Lindungi Keluarga, Panasonic Rakan Baik Yang Perlu Korang Ada Di Rumah

March 19th, 2024 | by Hairi Ariff
Kini Trending

Seperti ramai sedia maklum, cuaca di Malaysia pada ketika ini sememangnya sangat panas. Walaupun hanya berada di rumah, korang akan terasa bahangnya lebih-lebih lagi pada waktu siang.


Tidak dinafikan penggunaan penyaman udara seakan sudah menjadi kewajipan buat masa ini. Barulah dapat berada dalam keadaan selesa. Kalau nak tidur pun, nyenyak sahaja tanpa gangguan.

Dalam pada itu, pernah tak korang ambil tahu mengenai kualiti dan kebersihan udara dalam rumah korang?

Penting untuk korang cakna dengan kebersihan udara untuk pastikan korang dan keluarga bebas daripada bakteria dan virus yang boleh memberi kesan kepada kesihatan korang.

Penyaman udara nanoe™ X Inverter Panasonic sedia bantu untuk menjaga kesihatan sekeluarga

Berbeza dengan kebanyakan penyaman udara di pasaran, teknologi nanoe™ X sudah terbukti dapat menyekat aktiviti virus dan bakteria.

Lebih hebat, teknologi nanoe™ X membantu penyaman udara Inverter Panasonic untuk menghalang sehingga 99.99 peratus Novel Coronavirus.

Barulah korang dapat enjoy layan aircond yang sejuk tanpa risau dengan kualiti udara untuk seisi keluarga korang!

Untuk pengetahuan korang, teknologi nanoe™ X dicipta untuk menghasilkan zarah yang sangat kecil supaya boleh menembusi ke dalam lapisan fabrik bagi menghilangkan bau yang kurang menyenangkan termasuk asap rokok dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, penyaman udara ini dapat menghalang sebarang pertumbuhan bakteria sambil memberikan udara yang sejuk serta perlindungan sehingga 24 jam. Menarik bukan?

Roadshow On Lah Jimat & Selamat!

Sebut je pasal penyaman udara mesti ramai yang risau dengan bil elektrik yang tinggi bukan? Mana tidaknya, cuaca yang panas tentulah penyaman udara perlu dibuka lebih lama untuk memastikan kediaman dalam keadaan yang selesa.

Jangan risau! Dengan penyaman udara Panasonic Inverter, korang tak perlu pening soal bil elektrik sebabnya model ini dilengkapi dengan keupayaan mengubah kelajuan motor secara automatik mengikut kesesuaian suhu bilik.

Dalam erti kata lain, korang dapat menikmati bilik yang selesa dan sejuk dengan kos elektrik setiap bulan yang lebih rendah daripada penyaman udara non-inverter. Serius best!

Memang berbaloi dengan pelaburan korang untuk berbelanja buat yang tersayang!

Bersempena dengan hujung minggu ini, Panasonic bakal mengadakan ‘roadshow’ dalam memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fungsi ‘inverter’.

Jangan lupa join tau sebab Panasonic akan turut menawarkan rebat E-dompet Touch ‘n Go buat para peserta. Tawaran terhad ini sedia ditawarkan sehingga 31 Mac 2024 ini sahaja.

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke ‘roadshow’ Panasonic hujung minggu ini untuk mengetahui fungsi ‘inverter’ ini dengan lebih mendalam serta memenangi rebat e-dompet Touch ‘n Go.

Ketahui lebih lanjut mengenai penyaman udara nanoe™ X Inverter Panasonic dengan layari laman rasmi Panasonic Malaysia dengan klik di SINI atau Facebook rasmi Panasonic dengan klik di SINI.

SKIP THIS AD ×