berita

Dapat Ketenangan Fikir Arwah Ayah, Aina Abdul Syukur ‘Terus Hidup’ Layak Ke AJL37!

November 27th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seperti yang diramalkan, penyanyi, Aina Abdul layak ke pentas AJL37 semalam. Mempertaruhkan lagu ‘Terus Hidup’ Aina berkata dia berasa lega sebaik sahaja selesai melakukan persembahan di Semi Final Muzik Muzik (SFMM 37).

Dapat ketenangan fikir arwah ayah

Menurut Aina, tahun ni dia berasa sangat gementar sehingga tidak tahu mengenai lagu yang manakah akan bertanding di SFMM37. Tambah Aina, dia mendapat kekuatan dan ketenangan untuk menyanyikan lagu ‘Terus Hidup’ kerana berfikir mengenai arwah ayahnya.

Diri Aina sendiri rasa pressure sebab orang harap lebih. Saya tak suka menghampakan orang. Kalau tanya mana Aina dapat kekuatan tu, satu mungkin sebab fans Aina dan satu lagi sebab mesej lagu ni. Momen tadi saya dapat ketenangan sebab fikir arwah ayah. Jadi energy tu transfer ke saya.

Ujar Aina lagi, lagu ‘Terus Hidup’ merupakan lagu yang paling susah dinyanyikan olehnya. Ini kerana, lagu tersebut tidak ada ruang untuknya berhenti.

First half saya kena bagi energy. Selepas tu saya kena jump lagi. Lagu sebelum ni dinamik dia macam graf. Kali ni macam melompat. Tambah pula lagu ni kena letak emosi. Lagu ni bercerita mengenai rindu seseorang. Rindu yang tergantung. Jadi, susah nak menyanyi dekat orang yang sudah tiada.

Disoal mengenai persiapan untuk AJL akan datang, Aina berkata dia mungkin akan membuat sedikit kelainan. Diusik mengenai busana pula, Aina berkata dia mahu busana yang sangat besar.

First arrangement mungkin akan ada kelainan sikit. Peminat dah biasa versi original. Jadi saya akan buat 1 atau 2 minit kelainan nanti. Mengenai kesempurnaan vokal, saya akan buat apa sahaja yang saya rasa betul. Sebab peluang ini tak akan ada lain kali. Jadi saya akan melakukan yang terbaik.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×