berita

Dapat Kompaun Tanpa Amaran, SOP Di Kedai Makan Dah Diperbaharui Di Kawasan PKPB?

April 27th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Menerusi perkongsian seorang pengguna di laman Twitter, dia mendakwa bahawa dirinya telah disaman di kedai makan tanpa sebarang amaran yang dikeluarkan terlebih dahulu.

Perkongsiannya telah membuatkan netizen terkejut serta tertanya-tanya dimana salah pemuda berkenaan kerana secara tiba-tiba dia telah dikenakan saman.

Disaman RM1,500 tanpa beri sebarang amaran

Seperti yang kita sedia maklum bahawa, Prosedur Operasi Standard (SOP) di kedai makan sebelum ini membenarkan para pengunjung untuk memenuhi ruangan meja makan dengan mengikut kapasiti meja.

Tetapi lain pula terjadi kepada pemuda ini dan rakan-rakannya yang mendakwa agak terkejut selepas mendapat tahu bahawa SOP di premis berkenaan telah pun ditukar.

Walau bagaimanapun, pemuda terbabit bersama rakan-rakannya telah dikenakan saman sebanyak RM1,500 pada ketika itu tanpa diberi sebarang amaran oleh pihak berkuasa.

SOP terbaru 20 April

Menjengah ke ruang komen, terdapat netizen yang telah memuat naik SOP terbaru bagi kedai makan yang sebenarnya telah dikuatkuasa pada 20 April lalu.

Gara-gara SOP kedai makan berkenaan baru dikeluarkan, mungkin terdapat sesetengah pihak yang terlepas pandang dan terkejut apabila disaman oleh pihak berkuasa.

Terdapat juga netizen yang telah menunjukkan video Ketua Polis Negara yang memaklumkan bahawa pihak berkuasa sebenarnya tidak boleh mengenakan saman serta-merta tanpa memberi sebarang amaran terlebih dahulu kepada rakyat.

Bukan sikit samannya..

Sumber : afiq_rauf

SKIP THIS AD ×