berita

Dapat ‘Lampu Hijau’ Dari TMJ, Safawi Bakal Sertai Kelab Portugal

August 26th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Walaupun pernah dilanda kontoversi sebelum ini, pemain bola Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid antara pemain berbakat yang tidak dapat disangkal lagi. Malah kehebatan beliau dalam arena bola sepak turut dipersetujui Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih dikenali TMJ.

Terbaru, penyerang prolifik JDT akan melebarkan sayapnya ke Portimonense SC, Kelab Liga Premier Portugal. Perkara ini turut disahkan sendiri oleh Kelab Bolasepak JDT di laman Instagram rasmi milik mereka.

Lepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya

JDT mengesahkan bahawa mereka menerima tawaran dari kelab Portugal, Portimonense bagi mendapatkan khidmat pemain bintang Harimau Selatan, Safawi Rasid. Menurut Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Martin Prest, tawaran tersebut dilihat sebagai satu peluang buat Safawi untuk melebarkan sayapnya.

Malah, Safawi Rasid turut mendapat ‘lampu hijau’ daripada majikannya yang juga pemilik kelab terbabit Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk melebarkan sayap beraksi di pentas eropah.

Selamat maju jaya – TMJ

Menerusi komen di Instagram OfficialJohor, Tunku Ismail bersedia melepaskan Safawi sebaik saingan liga berakhir. Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu apabila berpindah ke Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.

Selain itu, Tunku Ismail turut memberikan pujian kepada Terengganu yang berjaya melahirkan pemain seperti Safawi dan pada masa sama JDT mengubahnya menjadi seorang bintang.

mfkd

Sebelum ini, Safawi pernah dikhabarkan dirisik oleh beberapa kelab berpangkalan di luar negara berdasarkan prestasinya ketika bersama dengan skuad Harimau Malaya. Antara kejayaan terbesar beliau adalah tersenarai sebagai penjaring gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Ketika ini, Portimonense SC beraksi di liga utama Portugal dengan berada di kedudukan 17 liga pada musim lalu menerusi 33 mata selepas mengharungi 34 perlawanan dan pengurusnya adalah António Folha.

Sumber : OfficialJohor

SKIP THIS AD ×