berita

Dapat Mengurangkan Sakit Kepala & Stress, Ini Cara Dapatkan STAILOZ Inner Hijab Secara Percuma!

October 1st, 2019 | by Shafika
Shout Out!

Zaman sekarang, pelbagai jenis tudung dipasarkan di Malaysia dengan variasi fabrik dan corak. Namun, dengan cuaca yang tidak menentu, pemakaian tudung dalam jangka masa yang lama kadang kala boleh menyebabkan anda sakit kepala atau migrain. Sebab itulah pentingnya pemilihan tudung dan selendang yang betul. Setuju?

Terbaru, Stailoz tampil dengan rangkaian tudung dalaman (inner) berteknologi canggih dari Jepun yang direka khas buat wanita Muslimah di Malaysia. Apa yang menariknya produk ini mampu meningkatkan kesihatan disamping memberi keselesaan.

TITAN TECH Inner Hijab pertama di Malaysia

Pernahkah anda mendengar tentang Stailoz sebelum ini? Jenama ini merupakan jenama pertama di Malaysia yang berjaya membangunkan rangkaian eksklusif TITAN TECH Inner Hijab yang membolehkan pemakai mendapat banyak manfaat kesihatan.

Selain itu, TITAN TECH Inner Hijab juga berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dalam badan selain memberi keselesaan buat pemakai. Antara manfaat yang lain adalah :

• Anti-Bau dan penyahmampatan semulajadi
• Antibakteria
• Meningkatkan kualiti tidur anda
• Meningkatkan metobalisme
• Mengoptimumkan tahap tenaga
Mengurangkan tekanan
• Manfaat Penghadang Sinaran UV
• Fabrik yang membolehkan anda bernafas secara selesa
• Kain bukan toksik sesuai untuk pakaian harian dan jangka panjang.

Fabrik yang selesa

STAILOZ™ Inner Hijab menggunakan kehebatan TITAN TECH, teknologi eksklusif STAILOZ™ yang dapat membuatkan si pemakai selesa di dalam setiap rangkaian produk STAILOZ™ Inner Hijab. Teknologi ini turut menawarkan pelbagai faedah buat si pemakai sekaligus menjadikannya pilihan tudung yang sempurna terutamanya buat mereka yang sering mengalami sakit kepala apabila memakai tudung.

40% potongan diskaun buat anda

Teknologi yang digunakan oleh STAILOZ™ Inner Hijab disokong oleh organisasi jaminan kualiti global seperti SGS dan Interlek. STAILOZ™ Inner Hijab boleh didapati dalam dua jenis gaya iaitu gaya penuh dan gaya tiub dengan harga RM99 dan RM79 setiap satu.

Terdapat sembilan warna yang menarik termasuk kelabu, biru muda dan juga warna yang menjadi pilihan ramai iaitu hitam, putih atau warna tanah yang sesuai dipadankan dengan pelbagai stail dan acara. Untuk mereka yang membuat pembelian kali pertama, boleh gunakan promosi kod “PROMO-OB” untuk dapatkan 40% potongan diskaun. Bestnya! Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.stailoz.com.

Sertai peraduan Stailoz Inner Hijab

Berita baik untuk anda yang ingin dapatkan TITAN TECH Inner Hijab ini secara PERCUMA. Bagaimana? Ikuti langkah mudah berikut:

Langkah 1: “LIKE” laman Facebook kami
Langkah 2: “LIKE” dan KONGSIKAN artikel ini di profile Facebook anda. Jangan lupa tukar tetapan ‘public’.
Langkah 3:  KOMEN di ruangan status Facebook post artikel ini dengan slogan ‘Saya nak menang Stailoz Inner Hijab kerana…’
Langkah 4: TAG 5 rakan anda.

Mudah bukan? Apa lagi jom sertai dan jadilah pemenang bertuah! Peraduan tamat 31 Oktober 2019.

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×