berita

Dapat Panggilan Kejadian Tembak, Pegawai Polis Terkejut Bila Dapat Tahu Anak Sendiri Ditembak Mati

January 6th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang anggota polis di Mississippi, Amerika Syarikat yang tiba ke satu lokasi kejadian tembakan terkejut apabila menemui jasad anak lelakinya sendiri.

Tidak sangka terima panggilan respon untuk anak sendiri

Foto: New York Post

Ketika pihak berkuasa dihubungi untuk hadir ke tempat kejadian di Larkin Street yang terletak hanya beberapa blok dari Balai Polis Hazlehurst, Pegawai Laquandia Cooley tidak sangka anaknya sendiri yang menjadi mangsa tembakan tersebut.

Anaknya, Charles Stewart Jr., 20 tahun ditemui mati di tengah-tengah jalan raya dengan luka tembakan di kepalanya.

Ketika saya memberi respon kepada panggilan tersebut, saya tidak tahu bahawa jasad yang berada di tengah jalan raya itu anak saya sendiri.

Siapa yang sanggup lakukan perkara sebegini terhadap anak saya?

Saya tidak dapat mempercayai mata saya sendiri apabila melihat jasad anak saya sendiri di atas jalan raya.

Menurut bapa mangsa, Charles Stewart, anaknya merupakan seorang yang baik dan bergaul dengan semua orang. Insiden tersebut telah memberi trauma kepada mereka seluruh keluarga.

Buat masa ini, belum terjawab motif berlakunya tembakan tersebut dan masih tiada suspek yang ditahan.

Sumber: NBC News

SKIP THIS AD ×