berita

Dapat ‘Surprise’ Jambangan Coklat, Wanita Kurang Upaya Sebak Dengar Ucapan Dari Keluarga Di Kampung

April 1st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Setiap insan pasti akan menyukai jika orang tersayang membuat kejutan untuk mereka. Itu yang dilalui oleh seorang wanita ‘istimewa’ yang telah mendapat kejutan daripada keluarga tersayang yang berada di kampung.

Dapat ‘surprise’ sempena hari lahir

Baru-baru ini tular video di Tiktok di mana seorang perancang kejutan telah menghantar hadiah kejutan kepada wanita kurang upaya penglihatan sempena hari lahirnya. Dalam video terbabit, dia kelihatan terharu dan gembira apabila dihadiahkan sejambak coklat serta sebiji kek daripada keluarganya di kampung.

Terima kasih along atas semuanya,terima kasih yang tak terhingga dari kami semua atas semua pengorbanan selama ini, tinggalkan kampung untuk mencari kehidupan yang lebih nyata

Namun, suasana bertukar menjadi sebak apabila penghantar tersebut membacakan kad ucapan daripada adiknya sehingga wanita tersebut mengalirkan air mata. Selain daripada memberi ucapan, adiknya juga  berterima kasih kepada kakaknya yang telah banyak berkorban untuk menyara keluarganya di kampung selama ini.

Video penuh

@ratubarber.bouquetPart 1.. my special client? SALAHKU – Yonnyboii

@ratubarber.bouquetPart 2.. terhenti-henti akk baca ucapan.. akk x sekuat along..???? original sound – MUMY ELLE

Sedihnya…

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dan sedih melihat reaksi yang diberikan oleh wanita tersebut. Ada juga sesetengah netizen yang mendoakan agar perniagaan wanita tersebut bertambah maju dan dimurahkan rezeki.

Sumber : ratubarber.bouquet

SKIP THIS AD ×