berita

Dapat Tahu Abang Meninggal Sebelum ‘On Air’, Aishah Sinclair Bergegas Terbang Ke Jakarta

February 18th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Pemergian mengejut Ashraf Sinclair atau nama sebenar Ashraf Daniel Mohammed Sinclair sekali lagi menghibakan hati ramai orang terutama dari kalangan ahli keluarga dan rakan karib arwah. Arwah telah mengembuskan nafas terakhir pada awal pagi di MMC Kuningan, Jakarta Selatan, Indonesia.

Kehilangan itu turut memberi kesan yang dalam buat adik kepada Ashraf Sinclair iaitu Aishah Sinclair yang dapat tahu berita sedih ini ketika berada di konti radio tempat dia bekerja.

Baru tahu sudah sampai konti radio

Aishah tiba sebelum jam 6 pagi. Dia kemudian dihubungi ibunya memaklumkan berita sedih itu.

Menerusi Astro Awani, penyampai radio dan pelakon, Aishah Sinclair dikhabarkan sudah bersiap sedia untuk ke udara di konti stesen radio Mix FM pada jam 5.48 pagi tadi sebelum mendapat berita sedih mengenai abangnya, Ashraf.

Aishah yang mengendalikan program Mix Breakfast bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi di stesen radio berkenaan menerima perkhabaran duka itu daripada ibunya. Perkara itu dikongsikan rakan penyampai Rod dan Prem dalam program berkenaan awal pagi tadi.

Dalam kenangan

Terkejut dengar berita itu

Ramai sedih

Sumber : Astro Awani, Mix