berita

Dapatkah Rahhal Lupakan Pengkhianatan Haira? Saksikan Saat Kau Takluk Cinta Ini Di TV3 & iQiyi!

January 5th, 2022 | by Hariz
Shout Out!

Baru sahaja ditayangkan bermula 20 Disember 2021 di TV3, drama adaptasi novel, Saat Kau Takluk Cinta Ini lakonan hebat Idris Khan sebagai Rahhal Taufiq, dan Intan Najuwa sebagai Melissa Haira terus mendapat tempat di hati penonton.

Cinta mati angkara khianat

Drama adaptasi novel karya Sara Hezra ni mengisahkan Rahhal, seorang graduan luar negara yang sanggup berkorban meninggalkan kerjayanya untuk pulang ke kampung demi ibunya, Hajah Jemiah yang terkena strok. Namun, kepulangannya tidak disenangi Fakhril (Syazwan Zulkifly) dan Mak Long Nisah.

Angkara tamak dan busuk hati, Fakhril dan Mak Long Nisah bertindak merampas rumah pusakanya dan berniat ingin membolot tanah Hajah Jemiah.

Rahhal yang kental dan tetap membangunkan tanah milik ibunya dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ikan tiba-tiba terpaut hati dengan Haira yang menumpang di pondoknya. Namun Haira yang terdesak telah menerima upah dari Fakhril untuk menggoda Rahhal.

Sedar tak sedar, Haira jatuh cinta dengan Rahhal dan mereka pun berkahwin. Ternyata, gadis manis ini sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan walaupun diuji dengan kemiskinan.

Sedang enak diulit bahagia, terbongkar pengkhianatan Haira. Rahhal yang patah hati dan kecewa terus hilang kepercayaan dengan gadis selembut Haira. Haira mengaku bahawa dia terpaksa, namun dia tidak pernah membohongi rasa cintanya kepada Rahhal.

Sedutan minggu ini

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Saat Kau Takluk Cinta Ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 dan secara percuma melalui perkhidmatan penstriman iQiyi.

Drama bersiri ini akan tersedia sejam kemudian pada hari yang sama di seluruh Malaysia. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

SKIP THIS AD ×