berita

Dapatkan Baucar Online Bernilai RM200 Untuk Miliki HUAWEI nova 5T Pada Harga RM1,399 Je!

December 9th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Korang ingat lagi kemunculan epik HUAWEI nova 5T pada Minggu Fesyen Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (KLFW 2019) yang lalu? Alah, telefon pintar mid range HUAWEI dengan gaya trendy dan warna memukau tu!

Kalau korang selama ni asyik usya HUAWEI nova 5T je, sekaranglah masanya untuk korang miliki telefon ni! Sempena tarikh istimewa 12.12 ni, HUAWEI Malaysia nak berikan korang diskaun RM 200 hanya di kedai rasmi atas talian mereka. Korang boleh beli HUAWEI nova 5T ni pada harga RM 1,399 je. Memang berbaloilah!

Rakam moment indah dengan 5 kamera AI nova 5T!

Kalau cakap bab kamera telefon pintar terbaik di pasaran rasanya takde model yang setanding kualiti kamera dan gambar yang dihasilkan HUAWEI. Kalau korang nak tau, model HUAWEI nova 5T dilengkapi dengan 5 kamera telefon yang berteknologi AI (16 MP Ultra Wide Angle, 48 MP kamera utama SONY 1/2 sensor, 2 MP Depth Assist dan 2 MP Macro).

Sesuai sangatla HUAWEI nova 5T ni untuk generasi macam korang yang suka mengabdikan setiap moment dengan merakam gambar makanan, OOTD dan tempat yang menarik.

2 MP Macro kameranya dapat membantu korang untuk menangkap gambar dengan terperinci. Bukan itu saja, HUAWEI nova 5T turut dilengkapi 32 MP kamera selfie dengan 3D Potrait Lighting, sesuailah untuk korang yang suka berswafoto.

Kamera HUAWEI nova 5T juga mampu menghasilkan gambar berkualiti walaupun  diambil pada waktu malam dan kurang pengcahayaan kerana ia dilengkapi dengan AIS Super Night Mode.

Fungsi Ultra Wide Angle pula memberikan korang hasil gambar landskap yang cantik. Lepas ni, senang la korang nak bereksperimentasi ambil gambar hanya dengan menggunakan HUAWEI nova 5T.

Enjoy telefon pintar yang berprestasi tinggi dengan HUAWEI nova 5T!

Walaupun HUAWEI nova 5T merupakan kategori mid-range, tetapi HUAWEI menjanjikan prestasi nova 5T setanding dengan flagship HUAWEI yang lain, dilengkapi dengan set cip bersaiz tujuh nano meter (7nm) pertama di dunia. HUAWEI menggunakan set cipnya sendiri iaitu Kirin 980 yang dilengkapi 8 gigabait (GB) RAM dan 128GB ROM. Ia terdiri dari teknologi penyimpanan ultra pantas UFS 2.1. Perghh!!

Manakala feature Spotlight Reel pula membolehkan HUAWEI nova 5T menganalisis secara automatik moment terbaik yang korang rakamkan melalui video atau gambar dengan menghasilkan klip eksklusif selama 10-15 saat!

Selain tu, HUAWEI nova 5T mempunyai bateri berkapasiti 3750mAH dan dilengkapi dengan teknologi SuperCharge 22.5W yang membolehkan bateri dicaj sehingga 50 peratus hanya dalam 30 minit. Dah tak payah risau bateri korang habis cepat sebab nak cas pon laju dan sekejap je.

HUAWEI nova 5T juga dilengkapi dengan sistem operasi EMUI 9.1 yang akan memberikan korang pengalaman optimum menggunakan telefon pintar di mana korang berada nak main game pon takde lag!

Telefon pintar eksklusif untuk korang yang sentiasa up to date!

HUAWEI sebenarnya nak korang rasai pengalaman menggunakan smartphone yang takde tandingan. SoHUAWEI nova 5T direka dengan skrin 6.26′ screen-to-body ratio lebih besar dan menyembunyikan 4.5mm kamera ultra small di bawah skrin supaya pandangan korang tak terganggu. Jadi, korang boleh tengok video dan streaming drama favourite pada skrin lebih luas lepas ni.

Betapa coolnya HUAWEI nova 5T ni juga, ia turut dilengkapi sensor fingerprint ultra fast 0.3 sec pada butang kuasa yang memudahkan korang untuk membuka kunci dengan hanya sebelah tangan. Sambil jalan nak unlock smartphone pun takde masalah lepas ni!

HUAWEI nova 5T boleh didapati dalam pilihan warna Midsummer Purple, Crush Blue dan Black dan sememangnya smartphone dengan rekaan trendy yang wajib dimiliki masa kini. Kalau pakai mesti orang lain jealous punyalah!

Jom beli HUAWEI nova 5T & rebut peluang dapat free gift bernilai RM285!

Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang korang untuk memiliki, HUAWEI nova 5T pada harga promosi RM 1,399 untuk masa terhad! Bukan itu saja, korang juga boleh dapat banyak hadiah eksklusif daripada HUAWEI seperti AP38 SuperCharge Car Charger, Nova gift box dan Tripod yang bernilai RM 285!

Semua ni dan banyak lagi hanya di kedai rasmi atas talian HUAWEI sempena Festival Akhir Tahun 12.12 HUAWEI! Jom layari HUAWEI Online Official Store untuk dapatkan HUAWEI nova 5T korang, jangan menyesal bila promosi dah habis nanti!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×