berita

Dapatkan Keuntungan Sebanyak 2.60% Setahun ‘In Advance’ Dengan Akaun Term Deposit-i (Akaun Deposit Berjangka Kadar Tetap) Patuh Syariah Ni!

December 14th, 2021 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Ditubuhkan pada 1977, Kuwait Finance House (KFH) merupakan sebuah institusi perbankan global pertama yang beroperasi mengikut syariah Islam!

Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFH Malaysia) ditubuhkan khas dengan objektif utama bagi menawarkan solusi kewangan bersyariatkan Islam di Malaysia yang mana mereka menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan kewangan termasuklah perbankan korporat, runcit, treasury dan banyak lagi.

Ini termasuklah akaun simpanan patuh syariah KFH Malaysia, dimana korang akan dapat kadar pulangan yang lebih menguntungkan!

Jom tengok bagaimana korang boleh simpan duit dan dapat kadar pulangan yang lebih menguntungkan dengan KFH Malaysia!

Bila sebut tentang hal pelaburan mesti ramai yang lebih selesa untuk melabur dengan kaedah yang berisiko rendah kan? Lagi-lagi dalam keadaan semasa yang agak mencabar sekarang. Sebab tu, ramai diantara kita memilih pelaburan dalam bentuk deposit berjangka kadar tetap.

Biarpun lambat, namun duit simpanan ini korang pasti akan bertambah dalam masa beberapa tahun.

Dengan keuntungan 2.60% setahun, kempen terbaru KFH Malaysia berikan solusi terbaik untuk para pendeposit

Akaun deposit berjangka kadar tetap International Commodity Murabahah Deposit-i (ICM) merupakan satu-satunya produk term deposit-i di mana kadar keuntungannya dibayar in advance kepada pelanggan!

Antara kelebihan ICM ni ialah:

  • Deposit minimum RM5,000
  • Kadar keuntungan 2.6% setahun untuk simpanan selama 12 bulan
  • Kadar keuntungan dibayar awal atau in advance (bukan pada tempoh matang)
  • Dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit

*Tertakluk pada terma dan syarat

Rakyat Malaysia berusia 18 tahun keatas yang berminat untuk membuka akaun sendiri hanya perlu membawa kad pengenalan diri untuk mendaftar. Sementara penduduk tetap dalam lingkungan umur sama hanya perlu kemukakan MyPR mereka.

Hadiah istimewa bernilai RM50,000 menanti korang menerusi akaun simpanan KFH Libshara-i dengan kempen terbaru bank ni!

Tak kisahlah kalau korang pendeposit baru atau sedia ada, korang layak untuk menyertai kempen ni hanya dengan membuka akaun ICM! Tapi kena cepat tau sebab kempen ni tertakluk kepada had kampen dan hanya akan berlangsung sekarang sehingga Februari 2022 je!

Selain mendapat keuntugan awal dari Akaun ICM, (subject to your agreement to participate in this campaign) pembayaran keuntungan akan didepositkan ke dalam Akaun Simpanan KFH Libshara-i secara automatik. 

Melalui akaun simpanan ni, korang mungkin berpeluang memenangi cabutan utama yang menawarkan wang tunai sehingga RM50,000!

Ini bermakna, lagi banyak korang depositkan duit ke akaun simpanan KFH Libshara-i lagi cerahlah peluang korang untuk jadi pemenang cabutan bertuah ni!

Selain itu, antara ciri-ciri menarik lain akaun simpanan KFH Libshara-i ni adalah:

  • Deposit permulaan hanya RM100 untuk membuka akaun
  • Prinsipal dan keuntungan dijamin
  • Penyertaan dalam bentuk cabutan secara bulanan, suku tahun dan cabutan utama dengan ganjaran wang tunai lumayan!
  • Dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit

*Tertakluk pada terma dan syarat

Untuk mengambil bahagian dalam cabutan secara bulanan, pendeposit hanya perlu mengekalkan purata baki minimum sebanyak RM100 dalam akaun masing-masing dan RM1000 purata baki minimum diperlukan untuk cabutan suku tahun dan cabutan utama pada April 2022 nanti.

Tunggu apa lagi tu? Kalau belum mendaftar, jom ke mana-mana cawangan KFH Malaysia berhampiran korang untuk buka akaun sekarang juga!

Sekiranya korang berminat untuk mengetahui terma dan syarat secara lebih lanjut, silakan ke laman web rasmi mereka di SINI atau boleh juga menghubungi talian perkhidmatan KFH Malaysia di 1300 888 534.

SKIP THIS AD ×