berita

Dapatkan Tilam & Sofa Impian Korang Dengan Diskaun Sehingga 90%. Confirm Tidur Lena Lepas Ni!

October 23rd, 2019 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Bila usia kian meningkat, makin banyak perkara yang kita perlu jaga. Selain mengamalkan gaya hidup sihat, tidur pun memainkan peranan yang penting.

Waktu tidur adalah waktu untuk tubuh badan berehat dan totally dalam keadaan relaks. Penting tau, untuk korang dapat tidur yang cukup dan berkualiti selama 6 hingga 8 jam.

Macam mana nak dapat tidur yang berkualiti? Ha! Salah satu caranya mestilah dengan memiliki tilam yang empuk dan lembut supaya tiada tekanan diberikan pada tubuh badan sehingga boleh sebabkan sakit-sakit badan.

LSK Crazy Warehouse Sales tawar tilam dengan kualiti terbaik!

Ye! Memiliki tilam yang berkualiti, lembut dan mesra tubuh badan adalah perlu. Keselesaan mampu berikan korang tidur yang lebih nyenyak dan rasa nyaman sepanjang malam.

Kebetulan kali ni LSK Crazy Warehouse Sales bakal berlangsung dari 25 hingga 28 Oktober nanti. Inilah peluang korang untuk dapatkan tilam yang berkualiti tinggi dengan harga runtuh.

Bayangkan, produk yang ditawarkan memiliki harga jauh lebih rendah dari harga pasaran dan cukup berbaloi untuk korang grab. 

Murah meriah! Ini koleksi tilam impian dengan harga terbaik!

  • Napure Latex Mattress:

Tilam Napure latex merupakan tilam yang dihasilkan dengan 100% getah natural tanpa sebarang campuran bahan lain. Selain itu, Napure Latex Mattress juga mendapat pengiktirafan daripada makmal German sebagai salah satu tilam yang selamat digunakan.

Bukan saja bebas alahan, Napure Latex Mattress juga dijual dengan harga paling murah untuk sale kali ni. Dengan hanya RM999, korang boleh miliki Napure Latex Mattress, saiz queen.

  • Englander Mattress:

Bagi korang yang tak tahu, Englander Mattress adalah jenama tilam terkemuka di Amerika Syarikat. Ada dalam top 10 tau! Englander Mattress merupakan tilam yang menyokong postur badan semasa tidur. Menggunakan latex paddingEnglander Mattress  memberikan rasa selesa pada bahagian belakang tubuh korang.

Tak ada lagi rasa sakit-sakit belakang lepas ni. Bermula dari RM299 untuk tilam bersaiz single, korang juga boleh dapatkan Englander Mattress bersama dasar tilam (bed base) hanya pada RM799 bagi saiz queen. Diskaun sehingga 90% tu!

  • Tempur Mattress:

Nama pun dah dahsyat kan? Tempur Mattress juga antara 10 jenama terkemuka tilam di USA. Di import dari Eropah, kualiti tilam ni tak boleh dinafikan lagi.

Material yang digunakan cukup lembut. Tempur Mattress adalah tilam terbaik dan cukup elastik pada tubuh. So, ianya menyokong penuh bahagian belakang tubuh korang semasa tidur. Awesome kan?

Sofa pun ada untuk korang beli!

Selain tilam, korang juga boleh dapatkan koleksi sofa eksklusif, Calia dan Meta. Kedua-dua jenis sofa ini memang empuk. Kalau sebelum ni harga diluar kemampuan, kali ni bersyukur sangat ada offer.

Harga yang ditawarkan untuk sofa Calia bermula dari RM3,999 saja. Di import dari Itali, korang tak boleh nafikan kualiti Calia memang terbaik. Ianya diperbuat daripada kulit asli dan sememangnya empuk.

Kalau korang cari sofa yang lebih mampu milik, boleh usha sofa kulit Meta, hanya RM999 saja. Memang cantik! Okay sangat dengan harga yang LSK Crazy Warehouse Sales tawarkan.

Korang juga boleh beli meja kopi dengan pelbagai rekaan terkini pada harga yang sangat-sangat berpatutan. Pilih je masa dekat sana nanti. Ada banyak pilihan sesuai dengan pelbagai jenis kediaman.

Oh ya! Karpet pun ada tau. Yang penting, ianya ringan, gebu dan mesra kanak-kanak.

Early Bird Promotion!

Apa pun jangan lupa untuk dapatkan tawaran early bird dari LSK Crazy Warehouse Sales. Mereka tawarkan 30 unit bantal Napure Latex dengan harga RM9.90 dan ianya terhad kepada 30 orang pembeli terpantas.

Bantal pun ada juga ye! Harga bantal tertakluk kepada jenis dan kualiti bermula dari harga RM199 hingga RM399. Ada juga tawaran beli 1 percuma 1. Bagi promosi Happy HourLSK Crazy Warehouse Sales tawarkan bantal Napure Latex dengan harga RM49 setiap satu. Tak ada limit yang ni. Cuma terhad dua jam sehari iaitu pada pukul 1 dan 6 petang setiap hari.

Maklumat event adalah seperti yang berikut:

LSK Crazy Warehouse Sales!

Tarikh: 25 – 28 October 2019

Lokasi: Atria Shopping Mall Event Hall @ Tingkat 1

Alamat: Atria Shopping Gallery, Damansara Utama

Facebook: IBG Malaysia

Untuk maklumat lanjut korang boleh <<< klik sini >>>>

SKIP THIS AD ×