Melalui akaun Twitter, Bangnass kongsi beberapa gambar ketumbuhan pada pinggang seorang calon UPSR. Lebih memilukan lagi apabila Arshad Daniel Hakim baru saja 44 hari kehilangan ayah tersayang.
Menurut laporan mStar, Arshad Daniel Hakim menderita ketumbuhan misteri itu sehingga terpaksa tidur mengiring. Ada ketikanya darah dan nanah juga keluar dari ketumbuhan tersebut.
Ayah baru meninggal 44 hari
Baju sampai lekat pada luka
Hospital macam tak function
Berdenyut macam nadi dan keluar darah
Ia bermula dengan tanda lahir, waktu dia lapan tahun baru benda tu mula membesar. Pernah rujuk hospital tapi mereka pun tak boleh buat apa dan katanya ia melibatkan risiko nyawa.
Dah doktor kata macam tu, keluarga dia nak buat macam mana lagi? Ketumbuhan itu berdenyut macam nadi, setiap kali berdenyut pasti akan keluar darah. Kalau pergi sekolah, darah akan melekat pada pakaian seragam.
Bapa saudara, Muhd Seha berkata kanak-kanak berusia 12 tahun itu mengalami penyakit sejak beberapa tahun lalu dan semakin membesar. Tambahan, dia bakal menduduki UPSR tahun ini dan bimbing kerana acap kali tidak hadir ke sekolah.
Selepas bapa meninggal bulan lepas, keadaan makin teruk dan dia kerap tak ke sekolah.
Dia tidur pun kena mengiring
Bapa saudara dan keluarga kanak-kanak ini sedaya upaya mencari penawar untuk menyembuhkan penyakit ini dan berharap penyakitnya pulih agar dia dapat menjalani kehidupan biasa seperti kanak-kanak lain.
Benda itu sakit dan gatal, tak lena dia nak tidur. Hampir sebesar penumbuk juga ketumbuhan itu. Dia tidur pun kena mengiring. Ada satu malam tu keluar darah dan nanah sampai basah kain.
Kami bukan nak minta sumbangan, kalau ada orang nak bagi kami terima saja. Tapi apa yang lebih penting, mungkin ada pihak kepakaran di luar sana yang boleh bantu untuk sembuhkan penyakit ini.