berita

‘Darah Tinggi Saya Tak Terkawal’ – Abby Abadi Ditahan Wad, Rindu Suami Dipangkuan

September 24th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pelakon Abby Abadi sering berkongsi berkenaan aktiviti dan kehidupan keluarga besarnya di media sosial. Dia dan suami, Mohd Faizal juga kelihatan mesra bersama anak-anak mereka.

Terbaru, menerusi Instagram miliknya, dia telah jatuh sakit dan telah diwadkan di Hospital Sungai Buloh. Dia meluahkan rasa rindu terhadap suaminya itu ketika dia terpasa ditahan di hospital.

Sesekali rindu Faizal

Sesekali rindu Faizal.

Kami selalu sama-sama. Kerja sama-sama. Jaga anak sama-sama. Makan minum sama-sama. Tanggung jawab pun diurus bersama-sama. Baik suami ni. Terima saya seadanya. Dobok-dobok pun dia layankan saja. hihi.

Darah tinggi tak terkawal

Ni saya masuk hospital, terpaksa berpisah sementara sebab tak dapat bilik. Semalam nak masuk KPJ, diorang tak terima kes saya. Suami bawak ke Hospital Sungai Buloh, ok diterima disini. Tanya kat kaunter pasal bilik, memula kata kena masuk wad biasa nak pantau dulu. Pastu tanya bilik lagi, rupanya kena booking awal.

Tiada pilihan, masuk juga sebab darah tinggi saya tak terkawal. Risiko-risiko yang disebut doktor sangat mengerikan. Huhu. Suami penat nak balik, tidur dalam kereta. Sian dia.

Ujian masing-masing tak sama

Setelah 24 jam berlalu saya masih disini. Saya dihantar masuk wad. Darah turun naik. Inject tang sana. Inject tang sini. Makan ubat macam-macam. Darah tinggi oh darah tinggi aduhai. Esok kena puasa pula untuk cek gula. Ini bukan sebab umur sebab depan saya 1st baby pun darah tinggi juga. Sebelah saya, 1st baby sampai kena sawan sebab darah tinggi juga. Ujian masing-masing tak sama. Doakan yg baik-baik ye. Saya bosan ni jadi terbebel sikit sebab rindu suami dan anak-anak semua. Tak sabar nak dengar doktor kata boleh balik tapi tah bila. Aarrgghhh!!

Sumber: Abby Abadi

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×