berita

Dari 140kg Ke 88kg, Lelaki Kongsi Rahsia Badan Tampil ‘Sado’ & Mantap

November 11th, 2019 | by Amat
Kesihatan & Hidup Aktif

Memiliki bentuk badan yang menarik dan berat badan ideal merupakan idaman setiap dari kita. Baik perempuan mahupun lelaki, masing-masing percaya berat badan ideal mampu memberi keyakinan lebih buat penampilan kita.

Pengguna Twitter, Zafri Amier kongsi tips berat badannya turun dari 140kg sehingga 88.7kg. Pengambilan kalori dalam pemakanan harian juga perlu diambil kira dalam mempengaruhi penurunan berat badan. Ikuti tips ini…

Dari 140kg ke 88.7kg

Lelaki ini berkongsi berat badannya dari 140kg hingga 88.7kg. Sebanyak 13kg berat badan telah berjaya dibuang dengan mengamalkan diet pemakanan yang betul dan senaman.

Makan ala kadar je tapi…

Individu ini turut berkongsi pesanan yang pernah disampaikan oleh pendorongnya dikenali sebagai Abang Dan. Dia turut menasihatkan untuk makan ala kadar untuk kesan mendadak, namun, kaedah itu tidak sesuai untuk tempoh jangka masa yang panjang.

Kira kalori yang diperlukan harian

Bagi memulakan diet pemakanan harian, anda perlu mengira terlebih dahulu jumlah kalori yang diperlukan badan. Anda juga boleh menggunakan Macro Calculator For Fat Loss bertujuan memberi maklumat mengenai pengambilan kalori yang sesuai untuk menghilangkan berat badan dan menambahkan otot.

Aplikasi pengambilan kalori dalam makanan

Always challenge your body

Sementara itu, jika anda ingin mengikuti tips sihat ini, pastikan anda mengambil makanan yang berkalori rendah dan turut melakukan senaman seperti berlari (jogging) selama 20 minit. Senaman yang dilakukan perlu konsisten.

Elak makanan berminyak

Bagi mendapatkan bentuk badan ideal, anda dinasihatkan untuk sentiasa mengambil makanan bersumberkan karbohidrat, protein dan lemak kerana ketiga sumber ini amat penting untuk badan kita. Selain itu, anda juga perlu elak mengambil makanan berbentuk mee segera, makanan segera atau minuman manis.

Kenapa intermittent fasting bagus?

 

Individu ini turut menyarankan kepada anda untuk melakukan intermittent fasting di mana anda perlu berpuasa selama 16 jam dan hanya ada 8 jam untuk anda makan. Jadual pemakanan sebegini juga penting dalam membantu mengawal pengambilan kalori pemakanan harian anda.

Perlu bersenam

Kena konsisten dan disiplin

Jika anda mempunyai masa untuk ke gimnasium, anda juga boleh bersenam di sana dengan melakukan lift weight. Perubahan sebegini perlu konsisten dan disiplin bagi mendapatan berat badan ideal anda.

Sumber: ZafriAmier

SKIP THIS AD ×