Pekerjaan pertama pasti akan menjadi yang paling bermakna untuk diri kita. Kalau kat Malaysia, antara kerja pertama yang famous ialah kerja di McDonald’s! Dari dulu sampai sekarang, kalau tanya kerja part-time dekat mana atau nak cari pengalaman, mesti orang akan pergi ke McDonald’s.
Tapi, bukan semua orang menjadikan McDonald’s sebagai kerja sementara tau. Ada yang kerja bertahun-tahun lamanya dari penjaga kaunter dan sekarang ni dah memegang jawatan yang agak tinggi!
Jadi sempena Merdeka kali ini, McDonald’s bawakan 4 individu ini untuk berkongsikan pengalaman pahit manis mereka sepanjang bekerja di McD. Ada yang dah 18 tahun kerja, ada juga yang 37 tahun tau!
“Team management merupakan tulang belakang saya. Masa saya pregnant, mereka jaga saya kaw-kaw!”
“Sepanjang bekerja selama 13 tahun di 6 outlet berbeza di Johor Bahru dan Pulau Pinang, saya tak pernah ada masalah bekerja di McDonald’s. Setiap kali saya bertukar outlet akan ada rasa sedikit rasa gementar dan juga sedih kerana perlu berpisah dengan team saya yang sekarang dan kena berkenalan dan bekerja dengan team baru pula. Tapi,setiap kali itu juga team baru akan terima saya dengan tangan terbuka dan juga sedia membantu saya untuk menyesuaikan diri.”
Mampu bertutur dalam 4 bahasa sememangnya membantu Joanne lagi-lagi Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa. Joanne juga menekankan bahawa berapa lama kita bekerja tak penting,apa yang penting ialah layanan terhadap pelanggan.
Dalam tugasan seharian, apa yang palin penting bagi Joanne adalah bagaimana greet pelanggan tak kira usia dan bangsa, dan bagaimana membantu mereka untuk pesan makanan dan terangkan mengenai promosi terbaru supaya mereka lebih faham.
“Orang kata tak semua tempat kerja senang ketika pregnancy, tapi di McD mereka sangat memahami. Rakan-rakan sekerja saya mengambil berat tentang saya dan jika ada masalah mereka akan beri respons dan bantuan dengan cepat. Dari saya bujang sampailah berkahwin saya kerja di McD. Sampaikan saya belajar cara untuk layan budak-budak pun di McDonald’s dan sekarang saya terapkan pula kepada anak saya.”
Apa makna Merdeka untuk Joanne?
“Makna merdeka bagi saya ialah walaupun bukan bulan merdeka tapi vibe perpaduan tu tetap ada. Lagi-lagi kalau di outlet. Walaupun kadang-kadang ada persengketaan tapi sebenarnya ia jarang berlaku.
Boleh nampak macam mana rakyat Malaysia bersopan-santun, beri peluang orang berusia order dulu, dan macam-macam lagi. Ada banyak kaum, agama dan rakyat Malaysia sangat memahami. I can see it at McDonald’s.”
Joanne Teh – Guest Experience Leader, McDonald’s
Terharu dengan layanan baik pelanggan tak kira bangsa!
“Masa bulan puasa memang mencabar untuk kejar delivery. Delivery paling banyak saya pernah buat dalam satu hari ialah sebanyak 62 delivery, penat tapi puas hati. Sebenarnya, target saya sehari hanya 30 delivery saja. Walaupun begitu bila hantar makanan dekat pelanggan, hampir semua rumah ada sediakan air kerana mereka takut saya tak sempat nak balik untuk berbuka. Itu antara memori manis saya yang membuatkan saya sangat terharu. Bukan hanya Muslim, tapi semua bangsa buat benda yang sama.”
Menurut Izzuddin, beliau memilih untuk sertai kru McDonald’s kerana berasa seronok bila melihat kawan-kawan yang bekerja McDonald’s dapat membeli barangan kehendak mereka dengan duit sendiri.
Selama 4 tahun beliau bekerja, beliau tak pernah rasa asing bila bekerja kerana di McDonald’s semua orang adalah keluarga. Mereka saling hormat-menghormati tak kira pangkat.
Apa makna Merdeka bagi Izzudin?
“Merdeka adalah apabila kita bebas untuk buat apa yang kita suka, untuk diri sendiri dan juga keluarga. Bagi diri Izzudin, bila dapat beli sesuatu dengan titik peluh sendiri dan kita dapat nampak diri sendiri berkembang untuk jadi yang lebih baik. Itu adalah merdeka.”
Mohd Izzudin, 24 tahun – Rider McDonald’s Bangi, Selangor
Part time sejak umur 15 tahun & jadi antara manager termuda lepas habis SPM!
“Dulu pada tahun 2000, minimum umur untuk lelaki bekerja di McDonald’s ialah 15 tahun. Sebab tu lepas je PMR pada tahun 2002, saya terus je apply kerja di McD dan jadi kru biasa. Kemudian saya stay jadi part timer, habis je SPM terus saya dapat jawatan manager! Fuh memang rasa berbaloi la time tu!”
Azman yang kini merupakan Restaurant General Manager (RGM) sudah pecahkan rekod dengan memegang jualan tertinggi sebanyak 3 kali dalam setahun di outlet Masai. Memang menakjubkan!
Antara memori terindah Azman sepanjang bekerja di McDonald’s ialah bila beliau dapat buat orang tersenyum. Beliau berasa puas hati kerana penat lelahnya berbaloi.
Menurutnya lagi, hidupnya lebih bermakna bila dapat melihat kru-kru yang bekerja dari bawah berkembang hingga dapat memegang jawatan seperti dirinya. Lagi-lagi bila yang berjaya tu kebanyakkannya datang dari keluarga yang susah.
Tambah Azman lagi, sejak menjadi kru biasa sehinggalah memegang jawatan Restaurant General Manager, sudah ramai orang yang beliau hire dan kebanyakannya berubah menjadi lebih baik.
Apa makna Merdeka untuk Azman?
“Sebagai RGM, saya memegang jawatan sebagai seorang ketua. Kita perlu bentuk generasi muda untuk suka dengan kerja mereka. Merdeka bagi saya ialah bila saya berjaya capture hati mereka supaya tak main-main dan jadikan kerja McD ni sebagai kerjaya yang sebenar.”
Khairul Azman, 33 tahun Restaurant General Manager, McDonald’s Masai
Berpeluang timba ilmu & pengalaman di Hamburger Universitiy, Amerika Syarikat
“Tak sangka dari join suka-suka, tiba-tiba dapat pergi ke US! Itulah first time saya keluar Malaysia dan first time saya naik flight. Thank you to McDonald’s! Saya pergi selama 5 hari lebih and that was the best experience I’ve had at that time! Graduate je from Hamburger University, saya dapat naik pangkat jadi store manager dan buat special project iaitu Made For You!”
Kalau korang nak tahu, Felina bekerja di McDonald’s dari umur 16 tahun tau! Beliau antara pekerja McDonald’s paling lama kat Malaysia ni. Lepas jadi store manager, beliau diberi peluang pula untuk melatih manager McDonald’s lain dengan mengetuai Bahagian Latihan di ibu pejabat McDonald’s. Ini merupakan satu lagi kenaikan pangkat yang beliau terima.
Beliau juga telah dihantar ke US untuk mempelajari sistem baru ‘Made For You’ supaya McDonald’s dapat tingkatkan lagi kualiti perkhidmatan di Malaysia. Yang paling membanggakan, ketika itu juga, Malaysia dipilih menjadi hub training bagi negara-negara Asia dan Timur Tengah untuk sistem ‘Made For You’. Felina masa tu macam ‘sifu’ kerana diberi kepercayaan untuk melatih mereka. Siapa sangka, dari seorang part time, Felina terus dapat pergi ke global dan mewakili Malaysia untuk melatih negara luar. Memang salute habis!
Apa makna Merdeka bagi Felina?
Bagi Felina, selama 37 tahun bekerja apa paling penting adalah memberikan yang terbaik dalam apa jua dilakukan. Felina tak pernah menyangka beliau akan mengetuai operasi McDonald’s seperti sekarang. Bila kita melakukan yang terbaik, peluang untuk berjaya pasti akan datang. Lebih seronok di McDonald’s, beliau dapat merasa banyak position penting. McDonald’s beri peluang sama rata pada semua dan tiada diskriminasi.
Walaupun McDonald’s ialah jenama antarabangsa, ia sebenarnya menerapkan ciri-ciri Malaysia bila bekerja dan kita juga boleh lihat dari menu-menu yang disajikan tu, memang sangat Malaysian!
Felina Lim, 53 tahun – Pengarah Kanan Operasi, McDonald’s
Apa kata korang tanya pulak kawan-kawan atau family yang bekerja di McDonald’s!
Rata-rata jawapan yang korang dapat mesti mereka rasa best sebab hubungan kekeluargaan di McDonald’s sangat kuat! Paling syok, mereka akan cuba sedaya upaya untuk penuhi permintaan korang sebagai pelanggan. Admin paling happy kalau ada sticker “Made For You” pada bungkusan admin! Rasa special dan dihargai!
Selain tu, McDonald’s juga sangat menitikberatkan pelanggan, lagi-lagi ketika Covid-19. Dari A-Z mereka jaga kita. Nak masuk kena check suhu, penjarakan fizikal, pastikan ada meja tersedia untuk rider ambil makanan. Semua ini untuk memudahkan pelanggan mereka.
Tak kisah di mana korang berada, sama ada korang pekerja mahupun pelanggan, pastikan kita saling hormat-menghormati dan jaga sesama sendiri.
McDonald’s setia di sisi
Keharmonian yang terjalin diantara kita mestilah diteruskan dan diperbaiki dari semasa ke semasa apatah lagi ketika musim pandemik ini. Jangan biarkan semangat kekitaan dan perpaduan pudar gara-gara kebimbangan terhadap wabak COVID-19 kerana McDonald’s setia di sisi korang.
Macam kisah Ammar kat bawah ni.. Walaupun risau dengan keadaan semasa, Ammar tetap berkhidmat dan memberikan yang terbaik demi kesenangan orang lain. Paling terharu, keluarganya terus menyokong apa yang dilakukan Ammar. Sebaknya…
McDonald’s secara puratanya menyediakan hidangan kepada lebih 13.5 juta rakyat Malaysia setiap bulan dan sekarang McDonald’s ada 300 restoran di seluruh negara! Menjelang 2025, McDonald’s aim untuk mewujudkan sebanyak 450 restoran lantas dapat mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan tambahan untuk rakyat Malaysia.
Jadi, kalau korang nak jadi sebahagian dari keluarga McDonald’s Malaysia, korang boleh tengok dekat sini!
Selamat Hari Merdeka dari McDonald’s!