Rumah tak siap, duit pula melayang! Itulah nasib yang dilalui wanita ini apabila kontraktor yang diupahnya tidak menyiapkan ubah suai rumah dalam tempoh yang ditetapkan.
Dah 10 bulan, rumah tak siap
Pengalaman hitam itu dikongsikan oleh Amyra Anuar menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok. Menurut wanita ini, dia telah mengupah kontraktor persendirian (bukan syarikat) untuk mengubah suai rumah baharunya tetapi malangnya rumah tersebut masih tidak siap meskipun sudah 10 bulan berlalu.
Start buat dari baby keluar sampai dah nak masuk 10 bulan. Masih tak siap. Ujian dan pengajaran buat kami. Selalu dengar orang kena. Perit cari duit untuk duduk rumah sendiri.
Bercerita dengan lebih lanjut, Amyra Anuar memaklumkan kontraktor terbabit bukanlah melarikan diri tetapi suka menangguhkan perkerjaannya. Bayangkan, sudah 10 bulan tetapi tiada sebarang hasil yang ditunjukkan. Difahamkan, laporan polis sudah dibuat berhubung isu ini.
Jalan terakhir untuk bagi pengajaran. Kami terpaksa, bukan tak ada hati perut. Tapi sampai bila kami nak tunggu. Rumah untuk kami anak beranak berteduh tak siap-siap.
Tuan rumah terkilan
Respon netizen
Sumber: Amyra Anuar