Pemain bola sepak, Aidil Zafuan, hari ini mengeluarkan satu kenyataan ‘menegur’ mulut sesetengah pihak yang mendakwa dirinya tidak memberikan nafkah secukupnya kepada anak-anaknya bersama bekas isteri iaitu Rita Rudaini.
Artikel Berkaitan: ‘Tidak Manis Urusan Keluarga Dihebahkan’ – Aidil Zafuan Jawab Tuduhan Tak Beri Nafkah Anak
Susulan daripada itu, Rita Rudaini turut memuat naik satu posting di Instagram Storynya berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Aidil.
Saya tak pernah cakap pun
Menurut Rita, dia mendakwa tidak pernah bercakap pun mengenai isu tak bayar nafkah anak-anak. Tambahnya, selama ini semua orang tahu keputusan nafkah untuk umur anak setahun dan tiga tahun itu. Jelasnya lagi, itulah duit perbelanjaan susu dan pampers anak-anak.
Sekarang tahun berapa ye. Owh 2021. Tapi amaun yang sama. Dari dulu tiada duit baju raya, tiada baju raya, tiada duit lain-lain, tiada duit taska, tiada duit sekolah.
Ke tak tau anak dah sekolah mungkin. Duit bulan Disember 2019 terlepas pandang kot tak bagi. Tapi saya diamkan sajalah sebab berapa sangat la duit pun untuk anak-anak yang dah besar.
Rita turut mendakwa amaun yang diberikan bekas suaminya itu masih sama meskipun sudah masuk tahun 2021.
Anak kena buli pun tak kacau dia
Di samping itu, Rita turut mendakwa dia tidak pernah menganggu bekas suaminya apatah lagi di saat anaknya dibuli. Rita turut didakwa meluahkan perasaan terkejut sebaik sahaja bekas suaminya memuat naik kenyataan tersebut.
Di akhir kenyataan, Rita turut mendakwa bahawa dia tidak mahu ‘claim’ LHDN namun, masa hendak mengisi borang tersebut sudah dinyatakan apa yang boleh.
Tak bising pun masa dapat tahu
Rita juga mendakwa dia tidak bising selama empat tahun yang lepas.
Sumber: Rita Rudaini