berita

‘Dari Kecil Dah Tak Ada Ayah…’ – Mawar Rashid Luah Ingin Rasa Kasih Sayang Seorang Bapa

July 9th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Rindu yang tiada penghujung. Itulah yang mampu diungkapkan apabila kehilangan insan tersayang ‘pergi‘ buat selama-lamanya. Walaupun pedih serta sukar untuk digambarkan, namun ia merupakan takdir yang sudah tertulis.

Membesar tanpa seorang ayah di sisi

Menerusi posting yang di muat naik oleh Mawar Rashid di akaun Instagram, dia meluahkan isi hatinya yang ingin merasa kasih sayang daripada seorang bapa. Mawar mengatakan bahawa dia telah kehilangan bapanya sejak kecil lagi dan telah dibesarkan oleh ibunya.

Dari dulu selalu duk berangan, nak dapat kasih sayang seorang ayah dari bapa mentua. Tapi Allah SWT tak izinkan. Mawar kenal abang time tu arwah bapa dah tak ada.

Mawar dari kecil tak ada ayah. Mummy Mawar lah ayah, mummy lah ibu. Sebab tu Mummy Mawar garang betul.

Walaupun tidak dapat merasa kasih sayang seorang ayah, namun dia hanya mampu berdoa serta berusaha untuk bertemu bersama arwah papanya dan juga arwah ayah mentuanya kelak.

Titip ucapan buat arwah bapa mentua

Dalam pada itu, Mawar juga turut titip ucapan hari lahir untuk arwah bapa mentuanya serta mengirim doa sebagai tanda rindu.

Happy birthday bapak… Bapak tak sempat tengok Rafael dan CInta. Kalau bapak ada, mesti bapak menjakan dua si Radens ni. Say tak tahu kenapa tapi rasa macam rindu sangat-sangat. Al-Fatihah.

Mawar kelihatan sempat berseloroh apabila mengatakan wajah suaminya, Raden Ahmad Faizal ketika kecil sama seperti anaknya, Cinta tetapi versi lelaki.

Sumber : mawarashid

SKIP THIS AD ×