berita

Dari Kelantan Ke Terengganu Semata-Mata Selamatkan Bayi Hampir Dibuang, Tindakan Abby Abadi Terima Pujian

November 11th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sebut sahaja nama Abby Abadi pasti semua sudah mengenali pelakon yang sangat terkenal dengan misi kemanusiaan yang dilakukan bersama suami, Muhammad Faizal. Memang tidak dapat dinafikan, sejak dulu lagi Abby Abadi gigih menyelamatkan bayi-bayi yang baru lahir daripada dibuang dan menolong dengan memberikannya kepada keluarga angkat yang baru.

Terbaru, Abby difahamkan berada di Kota Bharu, Kelantan untuk menyelamatkan seorang bayi yang ingin dibuang sebelum bayi tersebut diserahkan kepada keluarga angkatnya di Kuala Terengganu.

Selamatkan bayi hampir dibuang

Alhamdullillah. Selesai urusan di Kota Bharu. 3hari saya dan suami menunggu disini. Akhirmya ALLAH izinkan juga kami uruskan baby yang hampir hendak dibuang ini. Panjang nak cerita. Saya pendekkan jelah ye.  Baby selamat dah ada di tangan saya. InshaALLAH tiada aral malam ni juga serah pada Mak Ayah angkatnya.

Inilah sebabnya kami berada di bumi Kelantan ini. Berusaha menyelamatkan baby2 yang nk dibuang ini & menyerahkannya kepada yang sudi & berkemampuan menjaga dengan baik dan penuh kasih sayang inshaALLAH. Tak bercerita dari awal sebab takut gagal tapi syukur.

Terima Kasih Balai Polis Kota Bharu kerana melayan baik saya.Masuk jeee meriah dah balai. Al maklumlah, Puan Aleza datang hehe. Doakan ye.. Semoga ALLAH permudahkan urusan kami untuk sampai ke Kuala Terengganu malam ini. Amin

Menerusi perkongsian Abby Abadi di Instragam, dia memberitahu tujuannya dan suami ke Kelantan adalah untuk menyelamatkan bayi yang hampir dibuang. Dalam kesempatan itu, Abby sempat meluahkan rasa syukur dan penghargaan kepada anggota polis yang bertugas bagi memudahkan urusan mereka suami isteri untuk merentas negeri.

Difahamkan, selepas segala urusan berkaitan bayi tersebut selesai, mereka akan bergerak pula ke Kuala Terengganu untuk menyerahkan bayi berkenaan kepada bakal keluarga angkatnya.

3 kali alami keguguran

Alhamdullillah Syukur. Suami saya @jaiezzany berjaya bawak kereta dari KB 11:30 pm, sampai ke Kuala Terengganu kul 130am. Kuat betul kesayangan saya ni hehe.. Saya ngantuk dah tapi tidur-tidur ayam je sebab pegang baby kan.

11.11.2020 130am. Berjaya memberi kebahagiaan kepada sepasang lagi pasangan yang belum dikurniakan anak walaupun sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga. (Sebelum ni lebih 30 pasangan atau mungkin lebih yg dah bahagia saya bantu dapatkan baby angkat, cuma saya p&c )

Berbalik pada pasangan ini, 3x gugur katanya takde rezeki. Yg last terasa sangat sbb dah 6bulan setengah. Tapi tulah, nak buat macam mana, akhirnya ALLAH izinkan rezeki anak dengan jalan yang berbeza. Saya nasihatkan usahalah untuk susukan. Ambillah injection, makan ubat ke asal baby dapat menyusu sekurang2nya 5x kenyang ye. Senang nanti bila besar. Oklah, senget sudah.. sambung esok. Ada baby lagi. Saya ambilllll yey.

Menceritakan kisah itu, Abby memberitahu bahawa bayi berkenaan sudah selamat berada di bawah penjagaan keluarga angkatnya itu, Tambah Abby lagi, pasangan suami isteri ini sudah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun tetapi masih belum dikurniakan rezeki memiliki zuriat. Hal ini kerana, si isteri sudah mengalami keguguran sebanyak 3 kali.

Dalam kesempatan itu, Abby meluahkan rasa syukur kerana dengan kehadiran bayi ianya mampu membantu menambahkan kebahagiaan kepada pasangan suami isteri ini.

Sumber: Abby Abadi

SKIP THIS AD ×