Ramadan bukan sekadar bulan untuk berpuasa, tapi masa terbaik untuk kita muhasabah diri, menggandakan amalan seperti solat, bersedekah dan berazam untuk menjadi insan lebih baik dan kongsi rezeki dengan yang memerlukan.

Inilah bulan yang penuh barakah, di mana setiap niat baik, jika dilaksanakan dengan molek dan tertib, boleh membawa keberkatan yang berlipat ganda! Sebelum buat apa-apa, kena mula dengan satu benda penting iaitu niat.

Tapi tanpa usaha, niat tu cuma tinggal teori. Sebab tu penting untuk kita ambil langkah pertama supaya niat yang suci jadi realiti.

Benda kecil tapi besar impaknya, semua bermula dari hati

Sumber: AEON Bank

Setiap benda yang kita buat bermula dengan niat. Niat nak bersedekah, niat nak jadi lebih baik, niat nak eratkan hubungan, semuanya bermula dari hati.

Contohnya, niat nak lebih berjimat boleh beri motivasi untuk korang rancang kewangan dengan lebih bijak. Niat nak luang lebih masa dengan Mak Ayah boleh buat korang lebih menghargai mereka.

Niat nak berkongsi rezeki dan membantu mereka yang memerlukan pula boleh ubah kehidupan seseorang. Mungkin nampak kecil, tapi impaknya boleh mencipta gelombang kebaikan yang lebih besar dari yang korang sangka.

AEON Bank dorong semai impak positif dengan #NiatDiHatiSemuaJadi!

Kempen #NiatDiHatiSemuaJadi oleh AEON Bank ni memang kena dengan vibe Ramadan. Mana tidaknya, bila niat baik, insyaAllah semua jadi!

Kalau azam Ramadan ni nak lebih bijak berbelanja, nak simpan duit lebih dan dalam masa yang sama masih nak berkongsi rezeki, AEON Bank ada macam-macam ganjaran untuk korang!

Sebagai pemain baru dalam industri perbankan digital, AEON Bank komited untuk memperjuangkan keterangkuman kewangan, mendorong perbelanjaan yang bermakna dan memberikan ganjaran yang berbaloi.

Dengan keyakinan bahawa setiap niat baik yang dilakukan dengan ikhlas boleh mencipta kesan besar, AEON Bank memperkenalkan Keluarga Azam (The Azam Family) — sebuah kisah inspirasi tentang bagaimana niat kecil boleh membawa perubahan besar dalam komuniti.

Dalam video khas ini, Keluarga Azam memaparkan bagaimana niat kecil dalam keluarga boleh mencipta impak besar hingga ke komuniti. AEON Bank mengajak korang untuk berkongsi niat baik sepanjang Ramadan dengan #NiatDiHatiSemuaJadi di media sosial. Jom sebarkan semangat kebaikan bersama!

Pelancaran video khas AEON Bank bermula 13 Mac, dengan video baharu setiap minggu. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah inspirasi Keluarga Azam di media sosial AEON Bank!

Shopping, menyimpan & kumpul rewards? Semua jadi dengan AEON Bank

Bermula sekarang, ada pelbagai ganjaran menarik untuk korang nikmati sepanjang bulan puasa ni:

  • Dapatkan 10x Mata Ganjaran AEON bila shopping di pasaraya AEON terpilih dan bayar dengan Kad Debit-i AEON Bank – lagi banyak shopping, lagi banyak points..
  • 3.00% p.a. kadar keuntungan untuk semua Savings Pots – simpan duit dengan lebih bijak dan tengok ia bertambah.
  • Kumpul & tebus Neko Paws di merchant kegemaran macam Tealive, Paynet, dan Zus Coffee. Jangan lupa cari Neko Cruiser warna pink di bazar Ramadan sekitar Johor, Selangor, dan Pahang – ada surprise menanti.
  • Jangan lupa cari Neko Cruiser warna pink di bazar Ramadan sekitar Johor, Selangor, dan Pahang – ada surprise menanti.
    i. 13 – 15 Mac 2025, bermula 4 pm : Bazar Ramadan Kg Melayu Majidee, Johor Bahru (tamat)
    ii. 20 – 22 Mac 2025, bermula 4 pm : Bazar Ramadan Pandan Indah, Kuala Lumpur
    iii. 25 – 27 Mac 2025, bermula 4 pm : Bazar Ramadan Mahkota Square, Kuantan

Nak raya on point? Personal Financing-i boleh bantu

aeon

Perlukan sokongan kewangan untuk persiapan Raya?, AEON Bank kini menawarkan Personal Financing-i yang patuh shariah dan tanpa cagaran dari RM1,000 hingga RM10,000, tanpa sebarang cagaran, bermula 5 Mac ini.

Lagi best, 500 pelanggan pertama yang layak akan dapat Mata Ganjaran AEON bernilai hingga RM50 secara PERCUMA!*

*Tertakluk pada terma & syarat.

So, Ramadan ni jangan biarkan niat tinggal niat je. Jom realisasikan impian dan gandakan pahala dengan AEON Bank #NiatDiHatiSemuaJadi!

Nak tahu lebih lanjut? Jom check out laman web AEON Bank! Muat turun aplikasi AEON Bank hari ini!