berita

‘Dari Penang Ke KL Ambil Masa 13 Jam, Perlu Ada Tandas Bergerak’ – Fazley Yaakob

June 11th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Tidak dinafikan setiap pemandu yang kembali ke kota raya setelah sakan beraya di kampung pasti akan mengalami pengalaman memenatkan. Kesesakan di jalan raya membuatkan ramai mengambil keputusan untuk berehat di mana-mana RnR atau segarkan badan di bahu jalan.

Begitu juga pengalaman yang dirasai Dato Fazley Yaakob sekeluarga. Dia turut berkongsi pengalaman isterinya, Datin Azrene Ahmad terpaksa membuang air di kawasan semak. Chef selebriti ini turut menyarankan agar kerajaan menyediakan lebih banyak tandas bergerak untuk kemudahan bersama.

Terpaksa dalam semak samun!

Chef selebriti tersebut sebelum ini memuatnaik posting sebuah video menyaksikan kesesakan jalan raya yang melampau susulan banyak kenderaan menuju ke arah ibu kota. Perjalanan mereka sekeluarga mengambil masa kira-kira 13 jalan dari Pulau Pinang ke ibu kota.

Isteri kebetulan datang bulan

Fazleey Yaakob menerusi laporan Metro berkongsi pengalaman isterinya yang terpaksa buang air kecil di tepi lebuh raya akibat kesesakan lalu lintas ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur. Malah, perkara sama turut dilakukan beberapa pengguna lebuh raya dan terpaksa berhenti  untuk buang air kecil.

Isteri kebetulan datang bulan dan mahu buang air kecil. Sampai sahaja di Hentian Sungai Perak ia sudah ditutup. Saya faham tindakan itu diambil bagi mengekang kesesakan lalu lintas agar tidak menjadi bertambah buruk.

Bagaimanapun, untuk berhenti di hentian seterusnya ia terletak sejauh 50 kilometer. Waktu sama kereta terlalu banyak dan pergerakan di atas jalan menjadi terlalu perlahan.

Sediakan tandas bergerak

Tambah Fazley Yaakob lagi, dia menyarankan agar pihak tertentu menyediakan beberapa tandas bergerak bagi memudahkan pengguna jalan raya ketika musim perayaan sebegini.

Disebabkan kereta hampir tidak bergerak kerana kesesakan jalan raya, ada beberapa orang lagi buat perkara sama. Boleh dikatakan hampir 30 buah kereta berhenti untuk melakukan tindakan seperti kami.

Biasanya perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa selama tiga jam tetapi kali ini 13 jam.

Sumber: Fazley Yaakob, Metro

SKIP THIS AD ×